Kena Bayar Untuk Masuk? Jangan Sampai Tertipu, Ini Peringatan Penting Sebelum Isi Borang Ketibaan Thailand

WorldTravel
2 May 2025 • 12:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Astro Awani, pihak berkuasa di Thailand telah berjaya mengesan sebuah laman web palsu yang mirip dengan portal rasmi Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC).

Wujud laman web palsu TDAC ‘scam’ pelancong

Difahamkan, laman web palsu ini bertujuan bagi menipu pelancong asing dengan menggenakan bayaran bagi perkhidmatan yang sepatutnya percuma sahaja jika di laman web rasmi TDAC.

Untuk info ramai, sistem TDAC yang menggantikan kad ketibaan kertas tradisional dan ia dilancarkan pada 1 Mei 2025 dan diwajibkan untuk pelancong asing yang mahu memasuki Thailand melalui darat, laut serta udara.

image is not available

 

Kami ingin menegaskan bahawa tiada sebarang caj dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan TDAC rasmi. – jurucakap imigresen Thailand.

Jurucakap imigresen nasihat pelancong berhati-hati

Dalam pada masa yang sama, jurucakap tersebut turut menegaskan orang ramai untuk memeriksa URL laman web rasmi, yang diakhiri dengan domain “.go.th”.

image is not available

Pihak berkuasa Thailand juga menyediakan borang imigresen kertas sebagai langkah sementara buat pelancong yang menghadapi kesulitan mengakses sistem TDAC, selain kemudahan terminal komputer di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

image is not available 1 day ago

'Mendunia’ Di Kalangan Artis Hollywood, Ini Sebab Makanan Malaysia Sering Jadi Pilihan Negara Luar