Kena Game! Cubaan Caprice Nak Damaikan Aliff Aziz, Ruhainies, Bella Dan Sarah Yasmine Gagal

Entertainment
25 Apr 2024 • 9:37 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
caprice

Penyanyi rap, Caprice mendakwa dirinya telah dipermainkan dan ada seseorang telah sabotaj pertemuan yang sepatutnya berlaku di rumahnya hari ini.

Caprice juga menceritakan kronologi bagaimana dirinya boleh terlibat dalam kes ini. Jelasnya, Aliff yang terlebih dahulu mencarinya menceritakan mengenai kecurangan Bella. Dan dia menasihati Aliff untuk membuat laporan polis.

image is not available

Selepas itu, Sarah Yasmine pula muncul meminta pertolongannya untuk menghubungi Aliff Aziz yang kini berada di Singapura.

Difahamkan, Caprice telah memanggil Aliff Aziz, Bella Astillah, Ruhainies dan Sarah Yasmine untuk mendamaikan mereka.

Tetapi, Sarah dikatakan tukar ‘plan’ apabila mendedahkan semua bukti chat di Instagram Story.

image is not available

Dalam pendedahan di Instagram Story, Sarah Yasmine mendakwa Caprice adalah dalang yang mendedahkan hubungan Bella Astillah dan Muaz kepada umum.

Dakwanya lagi, Caprice juga yang menasihati Aliff supaya tidak bersetuju untuk menceraikan Bella pada hari perbicaraan di mahkamah.

image is not available

Bila keadaan dah kucar kacir, Caprice merasakan dirinya dah kena ‘game’ dan segera tarik diri daripada terlibat dalam kes ini.

Katanya, pada awalnya semua pihak menghubunginya untuk meminta tolong tapi dirinya pula yang dipersalahkan.

image is not available

Kata Caprice lagi, semua yang terlibat adalah sama kerana masing-masing ada isu yang tersendiri. Tetapi, netizen memilih untuk menyokong satu pihak sahaja dan menghentam pihak lain.

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.