“Kena Gari Sebab Prosedur” – Aisyah Hijanah Dan Alif Teega Cerita Pengalaman Ditahan SPRM

20 Jul 2024 • 12:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
aisyah hijanah

Pasangan pempengaruh terkenal, Aisyah Hijanah dan Alif Teega memuji sikap profesional Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika mereka ditahan untuk siasatan baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di sesi live TikTok, Aisyah berkata mereka dilayan dengan sangat baik termasuk makan minum dan tempat tidur.

Aisyah juga kagum tindakan pantas pegawai membawa Aisyah ke klinik walaupun sakit tidak serius.

image is not available

Dalam sesi itu, pasangan ini sempat menjawab persoalan netizen mengenai isu digari dan dipakaikan baju lokap oren.

Itu prosedur yang kita hormat.

Pasangan muda ini menganggap apa yang terjadi sebagai satu pengalaman dalam hidupnya. Katanya lagi, mungkin sebelum ini mereka berasa terlalu selesa dengan hidup.

For this time, Allah bagi kita satu tempoh untuk kita merasai. So alhamdulilah itu satu pengalaman dan pengajaran untuk kami untuk jadi orang yang lebih matang.

Mereka mengaku telah memberikan kerjasama yang baik dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

Kita pergi bantu siasatan, bagi apa dokumen dorang nak. Dorang nak keterangan kita bagi, semua benda yang dorang nak kita bagi.

Kata Aisyah, tahanan reman mereka tempoh hari hanya untuk membantu siasatan bukannya sudah dijatuhkan hukuman bersalah.

Mungkin orang ingat oh dah digari, pakai baju oren memang orang tu bersalah. Tapi tak..

Sepanjang direman, pasangan berkata mereka dilayan dengan sangat baik dan selesa. Siasatan pun dibuat di dalam bilik pejabat berhawa dingin.

Malah, mereka juga dapat menikmati hidangan yang sama seperti yang dimakan pegawai penyiasat.

image is not available

Jap!