“Konten Saya Tu Takde Lah Mencolok Mata Pun” – Ain Edruce Berang Terima Mesej Lucah

Entertainment
19 Jul 2024 • 12:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon dan pengacara terkenal Ain Edruce meluahkan rasa berang di Instagram baru-baru ini selepas menerima mesej yang negatif.

Menurut Gempak, Ain mendedahkan bahawa sebelum ini dia juga pernah menerima mesej sedemikian meskipun tidak memuat naik gambar yang berpakaian mencolok mata.

image is not available

Lepas baca mesej itu, saya terus terkejut. Sebab itulah, saya marah sangat-sangat. Konten saya itu, tak adalah mencolok mata pun.

Saya rasa saya tak pernah pakai baju jarang. Saya pun tak adalah seksi sangat tapi itulah orang masih menghantar mesej-mesej pelik macam ni.

Kejadian ini juga diketahui oleh suaminya, Amirul. Dia juga pernah meminta Ain untuk menyekat akaun-akaun yang sering menganggunya.

Suami saya pun baru tahu kes ini melalui IG story saya, sebelum ini, suami saya pernah menyuruh saya untuk menyekat akaun-akaun itu.Saya pun tidak pernah buat laporan polis sebelum ini. Tapi kalau akaun itu mengganggu saya dalam kehidupan seharian sebenar, baru saya akan buat laporan polis, katanya.

image is not available

Jap!