“Kena Halau..” – Jadi Rebutan Ramai, Rakan Askar Dedah Proses Dapatkan Tandatangan V BTS

Music
28 Feb 2024 • 2:06 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Wah! Lain macam betul proses nak dapatkan tandatangan V BTS.

Baru-baru ini, seorang askar yang berkhidmat di kem yang sama dengan V BTS telah mendedahkan proses bagi mendapatkan tandatangan ahli BTS tersebut.

Katanya,

Bilangan tandatangan yang diberikan akan ikut dekat pangkat yang kami perolehi. Tapi, V tak kan bagi tandatangan dia begitu sahaja.

Tambahnya,

Dia akan buat awak jawab beberapa soalan kuiz untuk dapatkan tandatangan tersebut. Contoh soalan yang dia bagi ialah mengenai nama ahli BTS atau tajuk lagu mereka.

image is not available

Sambungnya lagi,

Jika jawapan awak salah, dia akan berpaut tangan dengan askar yang lain dan halau awak keluar.

Menurut sumber, V menggunakan ‘proses’ ini untuk bermain serta mengeratkan lagi hubungannya bersama dengan rakan askar yang lain. Malah, tingkah lakunya itu juga sama seperti yang ditunjukkan di dalam rancangan “Jinny’s Kitchen”.

Comelnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved