“Kena Jadi Lee Min Ho Dulu Bang..” – Berlari Terjun ‘Crowdsurf’, Pelawak Tahan Malu Tak Disambut Penonton

Music
5 Oct 2022 • 1:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial TikTok baru-baru ini, mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Hanif Azhari yang memaparkan tindakan seorang pelawak telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, pelawak yang dikenali sebagai Mad Sabah itu dilihat sedang membuat persembahan komedi berdiri di Konsert Hausboom Music 2022 yang berlangsung tempoh hari.

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai apabila pelawak itu kemudiannya dilihat berlari dan terjun ke arah penonton di bawah pentas.

Bagaimanapun, tindakan spontan pelawak itu yang tekad melakukan ‘crowdsurf’ itu bertukar malang apabila tidak disambut oleh para penonton dan dibiarkan jatuh terus ke lantai.

Harap tak injured. Steady brathaa kena buu pun still senyum.

Murut pemilik video, kehadiran Mad Sabah seolah-olah tidak digemari dan ‘di buu’ oleh penonton yang sudah tidak sabar untuk mendengar persembahan nyanyian daripada penyanyi-penyanyi kegemaran mereka.

@hanifazhari_

harap tak injured . steady brathaa kena buu pun still senyum . #hausboom #hausboommusic #matsabah #crowdsurf

? original sound – anakbintang – anakbintang

Menjengah di ruangan komen, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya mempersoalkan tindakan pelawak itu yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri namun para penonton di bawah pentas.

Namun, ada juga segelintir individu yang bersimpati dengan nasib Mad Sabah namun terhibur melihat keyakinan pelawak itu melakukan ‘crowdsurf’ dengan cara yang salah.

image is not available

Sehingga kini, video berurasi 14 saat itu telah meraih 1.5M tontonan, 70.4K tanda suka, dan 1.5K komen di laman TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available


1 hari lalu

Mengaku Segan Datang 'Event', Netizen Perli Eyka Farhana "Tayang Body Tak Segan Pula?"