“Kena, kena, kena!” – Nas-T Pegang Watak Keluang Man, Ramai Netizen ‘Approve’

Entertainment
29 Nov 2023 • 1:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rakyat Malaysia yang dah masuk umur 30-an mesti ingat dengan siri animasi Keluang Man yang menceriakan hari-hari kita pada tahun 90-an dulu kan?

Terbaru, Astro Shaw mengesahkan bakal ada filem live action bagi siri animasi tersebut dan semalam merupakan pelancaran penggambaran filem tersebut.

Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar memikul tanggungjawab besar apabila diberi tugas untuk membawa watak Keluang Man bagi filem tersebut.

Menerusi laporan Sinar Harian, pengarah dan penulis skrip filem Keluang Man, Anwari Ashraf yang juga pengarah siri Project: High Council berkata, Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kemampuannya menterjemah gaya lakonan seperti dikehendaki watak berkenaan.

“Kena sangat weh!”

Ramai netizen yang mengakui kebolehan Nas-T dan bersetuju dia diangkat untuk memegang watak ikonik itu.

Sebelum ini, Nas Muammar pernah menerajui filem-filem lain seperti Goodbye Boys serta Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dan juga drama bersiri Kami.

image is not available

Dalam pada itu, turut diumumkan tiga watak utama lain iaitu watak antagonis Shamsir yang dibawakan oleh ‘Hero Malaya’ Remy Ishak, watak Ahmad menjadi milik Datuk Rosyam Nor dan Inspektor Sahab yang diamanahkan kepada Anwaar Beg Moghal.

Difahamkan, filem Keluang Man ini bakal bertemu penonton pada tahun 2025 nanti.

Uish tak sabar pula!

Sumber: Sinar Harian, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.