“Kena mintak baik-baik” – Monyet Curi ‘Glove’ Polis Buat Netizen Terhibur

Entertainment
15 Dec 2023 • 12:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Monyet atau haiwan mamalia yang berada dalam golongan primat mempunyai kecerdasan yang tinggi, mereka mempunyai kebolehan untuk meniru pergerakan serta keadaan sosial sekeliling dan mempunyai kebolehan untuk memanipulasi.

Terbaru, tular sebuah video seekor monyet bertindak mencuri sarung tangan seorang anggota polis dan perkara itu membuatkan ramai netizen terhibur.

Video berdurasi 1 minit 11 saat itu dikongsikan menerusi laman Dunia Haiwan di Facebook baru-baru ini.

Ia memaparkan seorang anggota polis trafik yang sedang menghidupkan motosikal berkuasa tingginya namun tidak boleh meneruskan perjalanan kerana seekor monyet yang berada di atas billboard tepi jalan sudah mengambil sarung tangannya.

Lebih menghiburkan, anggota polis itu cuba memujuk haiwan tersebut untuk memulangkan semula sarung tangannya itu.

“Awak, awak, boleh tolong balikkan sarung tangan tu? Kesian dia, dia kena kerja. Tolong bagi balik, datang, datang, pulangkan balik, kenapa awak kena pergi ambil sarung tangan kawan saya?

Jai (anggota polis), pergi minta balik (sarung tangan), minta elok-elok,” kedengaran suara latar.

Selepas puas memujuk, barulah haiwan berkenaan melepaskan sarung tangan kepada anggota polis berkenaan.

“Polis pun kena buli”

Rakaman video itu sudah pastinya membuatkan ramai netizen terhibur dan tergamam dengan aksi monyet berkenaan.

image is not available

Aduhai, monyet pun dah pandai nego sekarang ek…

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article