“Kena pindah pergi Mars…”- Aisha Retno bersuara isu Sophia AlBarakbah & Bella Astillah

Entertainment
11 Oct 2023 • 4:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi, Aisha Retno bersuara selepas sepupunya, Sophia AlBarakbah yang juga aktres dikecam dan dituduh warganet kerana hadir ke konsert All Star Gegar Vaganza bagi memberi sokongan kepada Aliff Aziz.

Aisha Retno bersuara, kena pindah pergi Marikh?

Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata, berkemungkinan keluarganya pergi berpindah ke planet Marikh berikutan sering menjadi ‘sasaran’ orang ketiga dalam rumah tangga pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah.

“Kena pindah pergi Mars (Marikh) lah keluarga Aisha kot eh? Baik, noted,”tulisnya dalam nada sindiran.

image is not available

Komen Aisha di ruangan hantaran video temubual sepupunya bersama media mendapat perhatian isteri Aliff Aziz yang juga seorang selebriti.

image is not available

Netizen minta Aisha Retno berdiam diri..

Dalam pada itu, warganet menasihati penyanyi berusia 23 tahun tersebut untuk tidak melibatkan diri berhubung isu sepupunya, memandangkan Sophia pernah dikaitkan sebagai ‘orang tiga’ rumah tangga Bella Astillah.

image is not available image is not available

Miliki bakat dalam bidang nyanyian, Sophia AlBarakbah sokong sepupu

Sementara itu, meninjau di ruangan Insta Story Sophia yang juga pelakon drama From Saga With Love, dia memuji bakat nyanyian yang ada pada sepupunya itu.

Sophia atau nama sebenarnya Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman juga berkongsi beberapa tangkap layar berserta tarikh video dan gambar tersebut diambil.

image is not available

image is not available

image is not available

Akan beraksi di pentas Konsert Patah Hati 2.0

Dalam perkembangan lain, Aisha Retno akan menjayakan Konsert Patah Hati 2.0 bersama artis lain iaitu Bunkface, Naim Daniel, Ismail Izzani, Nadeera Zaini dan Neeta Manis pada 23 November ini di Zepp Kuala Lumpur.

image is not available

Orang ramai boleh mendapatkan tiket Konsert Patah Hati 2.0 bermula pada harga M185 (Malam Ini Kita Punya), RM269 (Luar Biasa Sakit), RM299 (Purnama) dan RM5,000 (VIP Box).

image is not available

Tiket Konsert Patah Hati 2.0 boleh ditempah mulai 6 September jam 5 petang melalui www.ticket2u.com.my.