“Kenapa Nak Jaga Hati Pihak Sana? Jaga Hati Isteri Kan Lebih Penting” – Bella Astillah Sindir Aliff Aziz

Entertainment
11 Oct 2023 • 10:21 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nampaknya kontroversi kembali lagi antara pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz selepas pelakon Sophia Albarakbah dilihat hadir ke konsert All Stars Gegar Vaganza baru-baru ini.

Menurut Sophia, dia ke sana untuk menemani saudaranya yang juga penyanyi Aisha Retno namun Bella pula mendakwa aktres itu menipu dan putar belit.

image is not available 6 hours ago

"Dia Ni Dah Biasa Menipu & Putar Belit" - Bella Astillah Dakwa Sophia Al-Barakbah Keluar Auditorium Lepas Suami Buat Persembahan

Bella juga dilihat bersuara di Instagram story dan menyindir suaminya selepas Aliff didakwa seolah-olah mahu menjaga hati pihak lain (Sophia).

Kata aktres berusia 29 tahun itu, seharusnya perasaaan dia sebagai isteri yang perlu lebih diberikan keutamaan berbanding orang lain.

Kenapa akan berhubung ke? Kenapa harus jaga hati pihak sana bukan ke sepatutnya jaga hati isteri jauh lebih penting?

image is not available

Terdahulu, Aliff yang ditanya wartawan enggan memberikan komen lanjut di atas kehadiran Sophia kerana tidak mahu timbul spekulasi yang tidak sepatutnya.

Katanya, setiap orang bebas untuk hadir menyaksikan konsert tersebut yang merupakan acara terbuka.

image is not available