Kena Samun Dalam Perjalanan Di Kuching, Netizen Minta Pengguna Motosikal Berhati-Hati

24 Jan 2023 • 11:22 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian berlaku dari jalan trafik Pasir Pandak ke Taman Sentoria

Kena Samun Dalam Perjalanan Di Kuching, Netizen Minta Pengguna Motosikal Berhati-Hati. Kini, masih ada orang yang sanggup lakukan kegiatan jenayah seperti mencuri atau menyamun di tengah jalan oleh kerana terdesak. Perkara sebegini dapat menimbulkan rasa ketakutan di kalangan warga tempatan.

Baru-baru ini telah tular satu perkongsian di laman media sosial seorang penunggang motosikal didakwa dirinya telah menjadi mangsa samun di jalan trafik Pasir Pandak menuju ke Jambatan Sg Rimo/ Taman Sentoria.

image is not available
Kena Samun Dalam Perjalanan Di Kuching, Netizen Minta Pengguna Motosikal Berhati-Hati. Sumber: Facebook

Kes seperti ini sering berlaku di kawasan tersebut

Dalam perkongsian tersebut, individu ini menceritakan bagaimana abangnya (mangsa) disertakan gambar di mana mangsa mempunyai kecederaan di bahagian tepi kepala, telah menjadi mangsa samun oleh sekumpulan individu yang tidak dikenali.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 5.30 petang. Dakwa individu tersebut, ianya merupakan modus operandi yang kononnya meminta pertolongan di tepi jalan. Katanya, kes seperti ini sering berlaku di kawasan jalan tersebut.

image is not available
Sumber: Facebook

Sempat mengambil RM50 mangsa

Kongsi individu tersebut, akan ada seorang atau dua menahan pengguna motosikal yang lalu di kawasan tersebut untuk meminta pertolongan. Pada hari kejadian, mangsa (abang kepada individu tersebut) telah dipukul dengan batang besi dan sempat mengambil RM50 mangsa.

Susulan kejadian tersebut, mangsa telah dirawat dan berada dalam keadaan stabil. Mangsa juga sudah membuat laporan polis untuk keterangan lanjut dan disahkan bahawa ini adalah kes samun.

image is not available
Sumber: Facebook

Individu turut menasihatkan jika sesiapa yang terlihat ada yang mencuba untuk menahan kenderaan anda terutamanya anda yang berseorangan, usah hiraukan dan teruskan memandu. Modus operandi seperti ini sering berlaku apabila suspek diteman secara berkumpulan.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan di bawah: