Tol Percuma Pada 20 & 21 Jan Sempena Tahun Baharu Cina – PM Anwar

Politics
18 Jan 2023 • 2:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pengguna jalan raya boleh menikmati perjalanan di lebuh raya tanpa bayaran tol pada 20 dan 21 Januari ini bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media yang berlangsung sebentar tadi.

Katanya, perkara tersebut dibuat setelah membuat perbincangan bersama syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian Prolintas dan Kumpulan IJM Corporation Bhd.

“Pertama berita baik, menteri kerja raya dan menteri pengangkutan telah mengambil inisiatif berbincang dengan syarikat-syarikat konsesi dan bersetuju supaya di tiadakan tol bagi 20 dan 21 Januari.

“Bagi tujuan memudahkan, kerana ramai yang akan pulang ke kampung. Bukan sahaja masyarakat Cina, tetapi Melayu dan semua yang lain akan bersama-sama (pulang),” katanya.

Anwar turut menasihatkan kepada pengguna jalan raya agar menjaga keselamatan jalan raya dengan mematuhi peraturan agar jumlah kemalangan dapat dikurangkan semasa perayaan.

Sumber: Siaran langsung sidang media PM