Kena Sepakan Di Kepala, Lagi Kes “Kickboxer” Maut Akibat Cedera Parah Semasa Bertarung

26 Aug 2022 • 9:56 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kena Sepakan Di Kepala, Lagi Kes “Kickboxer” Maut Akibat Cedera Parah Semasa Bertarung

Seorang “kickboxer” muda India maut selepas terkena pukulan di kepala ketika menyertai perlawanan peringkat kebangsaan, lapor AFP. Ia merupakan kematian serupa kedua dalam tempoh dua bulan.

Yora Tade, 24, rebah di gelanggang selepas menerima sepakan di kepala daripada lawannya, Kesav Mudel semasa perlawanan akhir di bandar selatan Chennai pada Ahad lalu.

Mangsa sempat diberi pertolongan awal dan dibawa ke hospital pembedahan kecemasan pada bahagian otaknya. Namun, mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas dua hari menerima rawatan.

“Peninju itu dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikan dan meninggal dunia dalam tempoh rawatan,” kata seorang doktor Hospital Besar Rajiv Gandhi kepada AFP.

Tade, merupakan pakar seni mempertahankan diri campuran dari negeri Arunachal Pradesh. Dia telah layak ke peringkat akhir kejohanan Persatuan Pertubuhan Kickboxing Dunia edisi India.

Polis telah memulakan inkues dan pihak berkuasa sedang membuat persiapan untuk menghantar mayatnya ke kampung halamannya. Tade merupakan kickboxer India yang kedua yang maut akibat kecederaan parah semasa bertarung dalam tempoh beberapa bulan.

Terdahulu, Nikil Suresh, 23, meninggal dunia akibat kecederaan otak pada Julai semasa kejohanan negeri di Bangalore selepas ditumbuk di muka oleh lawannya.

Sumber:AFP CNN