Kenaikan gaji SSPA fasa kedua bukti hargai dedikasi penjawat awam

LocalPolitics
22 Jan 2026 • 8:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 22 JAN: Kenaikan gaji penjawat awam fasa kedua di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) hari ini bukan sekadar angka semata-mata, sebaliknya merupakan pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen golongan berkenaan dalam memacu pembangunan Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan kenaikan gaji baharu itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh 12 tahun dan terbesar dalam sejarah perkhidmatan awam negara.

“Semoga pengiktirafan ini menjadi dorongan untuk terus berkhidmat dengan integriti, dedikasi dan semangat kebangsaan. Bersama-sama kita memacu Malaysia ke tahap kecemerlangan seterusnya,” kata beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.

Pelarasan gaji fasa kedua merupakan kesinambungan kenaikan gaji di bawah SSPA yang diumumkan pada 2024, melibatkan kadar keseluruhan 15 peratus bagi Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta tujuh peratus bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).

Fasa Kedua menyaksikan Kumpulan Pengurusan dan Profesional menerima tambahan kenaikan sebanyak tujuh peratus, manakala KPT menerima pelarasan tiga peratus.

image is not available
Foto Facebook Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved