Kenal 4 Tahun, Wanita Dilamar Doktor Arab Saudi Dengan Mas Kahwin RM 450K

Entertainment
15 Jul 2022 • 5:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Wanita yang berasal dari Konawe Selatan, Sulawesi Tenggara, Indonesia telah dilamar oleh seorang jejak dari Arab Saudi dengan mas kahwin bernilai RM 450,000.

Mereka akan bernikah pada Disember nanti dan kisah pasangan ini sekarang tengah tular di negara tersebut selepas keluarga ‘belah lelaki’ datang untuk merisik wanita itu di rumah keluarganya.

image is not available

Bapa pengantin perempuan, Samsu berkata, anaknya berkenalan dengan lelaki itu semasa mengikuti pengajian di Fakulti Perubatan Universiti Perubatan Medical di Beijing, China, lapor sumber.

“Dr. Ahmad Tariq Said Ahmed Ali adalah senior kepada anak saya di sebuah kampus ternama di China.”

“Mereka berkenalan selama lebih empat tahun dan anak saya asalnya ragu-ragu terhadap masa depan hubungan mereka kerana dia belajar di luar negara.”

image is not available

“Anak saya mula yakin dengan hubungan cinta mereka selepas melihat kesungguhan Dr. Ahmed untuk mengahwininya.”

Majlis pernikahan pasangan ini bakal diadakan di kediaman keluarga perempuan yang terletak di Desa Montaha, Kecamatan Angata.

Dr. Ahmed yang berasal dari Jeddah perlu membuat proses pendaftaran pernikahan di Kedutaan Besar di Jakarta.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.