Kenal Beberapa Bulan, Amylea Nikahi Pegawai Bomba Singapura

27 Nov 2023 • 2:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi, Amylea Azizan, 37, selamat bergelar isteri kepada pegawai bomba Singapura, Mohammad Aqbar bin Mohamad, 40, dengan sekali lafaz pada tarikh yang dirahsiakan.

Amylea telah selamat dinikahkan oleh wali hakim di majlis pernikahan yang berlangsung di rumah keluarga penyanyi itu.

Amylea menerima mas kahwin senaskhah Al-Quran dan telekung serta hantaran bernilai RM8,888. Angka  itu dipilih sebagai lambang cinta infiniti dua pasangan sejoli itu dalam majlis tertutup yang diadakan. 

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu dihadiri tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat. 

Majlis resepsi bakal berlangsung pada 27 Januari tahun depan.

Amylea dalam pada itu memanjatkan rasa syukur dirinya sudah pun bergelar isteri tanpa disangka walaupun perkenalannya dengan Aqbar atau lebih dikenali sebagai Ash begitu singkat.

“Ternyata Allah itu maha berkuasa. Dan dalam fikiran saya yang tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini, tup-tup, saya kini sudah bergelar isteri. Alhamdulillah…

“Perkenalan saya dengan Ash pun melalui media sosial sejak beberapa  bulan lalu. Bila dah selesa berkawan, Ash terus melamar saya.

“Selepas  mengamalkan beberapa doa dan solat istikharah, ada petanda baik yang berlaku. Dan kemudian dia terus berjumpa dengan keluarga saya. Alhamdulillah, saya tak pernah setenang ini sejak Ash hadir dalam hidup saya,” katanya.
















image is not available