Kenalan dedah Joanna Felicia kena scam, minta bantuan sehari sebelum kejadian

LocalEntertainment
25 Apr 2024 • 1:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seorang kenalan dedah Joanna Felicia kena scam sewaktu bermain kutu bersama satu kumpulan di media sosial berkaitan emas.

Kenalan bersuara tuntut hak mendiang

Susulan daripada itu pengguna media sosial yang mengenalkan diri sebagai suami kepada Jira iaitu kenalan kepada mendiang telah bersuara meminta agar individu yang menipu tersebut segera mengembalikan duit Joanna Felicia.

@_jiraaaaa_

Salam takziah Kepada @ienazrengold tolong pulang hak orang lain . Jangan buat macam ni . Tolong kak tolong #fyp

♬ takkan hilang budi doremi – Bomaxxx

Joanna Felicia kena scam, mak kutu buat senyap

Ujar lelaki itu, isterinya ada menghubungi wanita yang dikenali sebagai ‘Kak Iena’ untuk meminta dia mengembalikan wang tersebut, namun individu itu mahu menyelesaikannya sendiri kepada ahli keluarga mendiang.

Beberapa tangkapan layar perbualan WhatsApp antara pengguna TikTok tersebut dengan ‘Mak Kutu’ berkenaan juga ditunjukkan dan kelihatan tiada sebarang respon selepas digesa untuk membayar duit tersebut.

image is not available

Joanna Felicia kena scam, permintaan terakhir agar duit dikenbalikan

Jelas lelaki itu lagi, dia berusaha untuk mendapatkan kembali duit mendiang berikutan permintaan tersebut adalah antara yang terakhir sebelum kejadian helikopter terhempas itu berlaku pada Selasa lalu sehingga mengorbankan 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Tegasnya, dia dan isteri sama sekali tidak akan mengambil duit tersebut kerana sudah memegang amanah itu dan akan segera memberikan duit kutu berkenaan kepada keluarga mendiang untuk anak-anak yang ditinggalkan.

image is not available

Duit nak diberi kepada anak-anak mediang

Jadi, mereka suami isteri menggesa agar ‘Mak Kutu’ tersebut segera membayar duit-duit milik mendiang kerana tuan empunya diri sudahpun meninggal dunia.

image is not available

Ada yang alami hal yang sama

Menjengah ke ruangan komen posting tersebut, ramai yang berkongsi pengalaman yang hampir sama apabila terlibat dengan kutu emas yang dimaksudkan.

Ada diantara mereka mengatakan tidak mendapat sebarang emas atau duit sejak hujung tahun lalu sedangkan tiap bulan membayarnya.

image is not available

Buat senyap je sejak tahun lepas

image is not available

 

Kembalikan hak mendiang kepada anak2

image is not available

Tengok update mak kutu memang nampak kaki scam

image is not available

Sedihla! Tolong kembalikan hal mendiang

image is not available

Diharap isu ini dapat diselesaikan lebih-lebih lagi mengenangkan anak-anak mendiang yang masih kecil dan pastinya memerlukan biaya bagi meneruskan kehidupan.

Terdahulu, 10 anggota TLDM telah disahkan meninggal dunia susulan helikopter yang dinaiki mereka berlaga sesama sendiri sebelum terhempas di Pengkalan TLDM, Lumut.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 9.30 pagi sewaktu raptai Perbarisan Sambutan Hari TLDM yang ke-90.

Sumber: TikTok _jiraaaaa_