Mendiang Joanna Felicia Didakwa Pernah Kena Scam, Caprice Minta Kutu Emas Pulangkan Hak Semula

Entertainment
25 Apr 2024 • 3:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sehingga hari ini, rakyat Malaysia masih berdukacita dengan berita tragedi dua buah helikopter Tentera Laut Darat Malaysia (TLDM) yang bertembung dan terjatuh di Lumut, Perak.

Nahas tersebut mengorbankan seramai 10 orang tentera TLDM dan salah seorangnya adalah Lakar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna.

Bagaimanapun, seorang lelaki mendedahkan mendiang Joanna Felicia didakwa pernah ditipu oleh kutu emas.

Kena scam, sempat minta tolong kawan

Menerusi hantaran @Caprice di Instagram, seorang lelaki menggesa salah satu akaun kutu emas di Instagram yang didakwa telah menipu mendiang Joanna Felicia dan mendiang sempat meminta bantuan isterinya sehari sebelum tragedi berlaku.

Mendiang tersebut ada contact Jira (isteri), dia chat Jira.. dia bagitahu dia kena scam.. lepas tu dia minta tolong Jira apa semua.

Difahamkan, akaun kutu emas tersebut mempromosikan servis ansuran untuk membeli emas serta mengikut giliran ahli kumpulan dan urusan pembelian adalah melalui aplikasi WhatsApp. Mendiang Joanna Felicia juga dikatakan tidak mendapat barang walaupun sudah sampai gilirannya.

Terkilan tak sempat nak tolong

Mendiang juga pernah berusaha mendapatkan haknya semula sejak bulan Oktober tahun lepas namun usahanya sia-sia. Bagaimanapun, isteri kepada lelaki itu ada berhubung dengan ‘mak kutu’ tersebut namun mesejnya tidak dibalas.

Kini, isteri kepada lelaki itu berasa amat terkilan kerana tidak sempat membantu rakannya sebelum nahas helikopter berlaku.

Sekarang ni Jira ada perasaan terkilan sebab itu permintaan terakhir mendiang tersebut. Sekarang aku dengan Jira berusaha nak mendapatkan duit tersebut sebab nak agihkan kat anak dengan family dia.

Melihat kepada tangkap layar mesej WhatsApp yang ada dalam video tersebut, isteri kepada lelaki itu telah memaklumkan tentang berita kematian mendiang namun ‘mak kutu’ berkenaan dikatakan hanya mahu berhubung dengan waris mangsa.

Kau takde rasa kesian ke kak? Boleh pula kau cakap kat Jira.. ‘Jira ni family dia ke?.. Jira bagi contact family dia dengan akak, biar family dia direct dengan akak.’

Menurut lelaki itu, keluarga mangsa mungkin tidak sempat untuk berurusan mengenai hal itu kerana masih bersedih dengan berita kehilangan mendiang Joanna Felicia namun tidak salah untuk isterinya meminta semula hak kerana itu adalah permintaan terakhir mendiang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Di ruangan komen, rata-rata netizen berkata mereka pernah ditipu dengan kutu emas tersebut.

image is not available image is not available

Moga kes ni cepat selesai..

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.