Kenali Bak, ‘Baby Carrier’ Masyarakat Kenyah Yang Unik Dan ‘Rare’ Di Sarawak

3 Dec 2022 • 6:41 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Baby Carrier gaya Sarawak

Kenali Bak, ‘Baby Carrier’ Masyarakat Kenyah Yang Unik Dan ‘Rare’ Di Sarawak. Sebut sahaja mengenai ‘baby carrier’ pasti anda sebagai ibu ataupun bapa akan lebih memilih baby carrier yang berjenama dengan bentuk serta fungsi yang moden.

image is not available
Kenali Bak, ‘Baby Carrier’ Masyarakat Kenyah Yang Unik Dan ‘Rare’ Di Sarawak. Sumber: Sukubangsadayak

Tetapi, tahukah anda masyarakat Kenyah di Sarawak terlebih dahulu mencipta ‘baby carrier’ dengan fungsinya yang ringkas sebagai beg pembawa bayi untuk memudahkan mereka membawa bayi sambil melakukan kerja.

Juga dikenali sebagai Avet oleh masyarakat Kayan

Selain etnik Kenyah, bak ataupun ba’ ini juga cukup popular dalam masyarakat Kayan. Mereka memanggil bak ini sebagai avet.

Kebiasaanya avet atau ba’ yang unik ini biasanya diperbuat daripada rotan dan bingkai kayu. Ada juga bak yang diperbuat daripada manik-manik buah hutan yang disulam serta dibentuk dan disusun menjadi corak yang sangat menarik.

image is not available
Sumber: Wadd Media

Motif corak yang ada pada bak mempunyai maksud yang tersendiri dan ia bertujuan untuk melindungi bayi itu daripada semangat jahat.

Boleh dijadikan tempat duduk bayi

Tempat duduknya pula diperbuat daripada papan kayu lembut, menjadikannya ringan dan boleh dibasuh. Beberapa tempat duduk malah boleh ditanggalkan sepenuhnya. Sesetengah pembawa bayi mungkin mempunyai lapisan kain, menjadikannya sangat selesa untuk kanak-kanak.

Difahamkan, bak ini digunakan oleh para ibu ada zaman dahulu untuk menjaga anak mereka sambil membuat kerja seperti berkebun, mencari hasil hutan dan pelbagai lagi.

Namun, kini bak sangat susah dijumpai kerana masyarakat lebih memilih ‘baby carrier’ yang lebih moden.

Disebabkan itu, harga bak ini boleh mencecah sehingga RM 450 kerana dianggap produk rare di Sarawak selain proses penghasilannya yang rumit.

Kenali beberapa lagi produk Sarawak yang Rare: