Kenali Cenderawasih, Duo Adik Beradik Berbangsa India Penyanyi Lagu Evergreen ‘Bersama Di Hari Raya’ - "Suara Masih Mantap"

30 Mar 2025 • 4:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tular di media sosial apabila lagu Bersama Di Hari Raya nyanyian kumpulan Cenderawasih kembali mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian seorang individu bernama Nurul Amalina Zainudin, ramai netizen terkejut apabila mengetahui lagu ikonik itu sebenarnya dinyanyikan oleh duo adik-beradik berbangsa India, Irene dan Helen Savaree.

Menariknya, lagu Bersama Di Hari Raya telah dirakam sekitar tahun 1985, menjadikannya kini berusia 40 tahun. Walaupun berdekad lamanya, lagu ini tetap menjadi siulan setiap kali tiba musim perayaan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada kumpulan Cenderawasih kerana menyampaikan lagu raya yang begitu bermakna, selain memuji vokal mereka yang masih kedengaran sama seperti versi asal.


Antara komen yang ditinggalkan adalah:

image is not available

Untuk info, selain kumpulan Cenderawasih yang menyanyikan lagu Hari Raya, terdapat satu lagi kumpulan bukan Melayu yang turut mencipta nama dalam industri muzik Malaysia ialah Alleycats, yang diasaskan oleh Datuk David Arumugam. 

Lagu raya mereka, Berita Dari Rantau, yang dikeluarkan pada tahun 2004, juga sering menjadi pilihan sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved