Kenali Ikan Semah, Ikan Rasmi Sarawak Dan Ikan Alternatif Kepada Ikan Empurau

23 Nov 2022 • 9:04 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ikan semah, ikan alternatif kepada ikan empurau

Kenali Ikan Semah, Ikan Rasmi Sarawak Dan Ikan Alternatif Kepada Ikan Empurau . Mungkin semua orang tahu tentang kewujudan ikan termahal yang ada di Sarawak iaitu ikan empurau. Ikan yang boleh mencecah ribuan ringgit ini. Namun, tahukah anda bahawa ada satu jenis ikan lagi yang dikatakan sama seperti ikan empurau?

Ya. Ikan semah. Ikan air tawar ini dikatakan persis ikan empurau dan dijadikan ikan alternatif kepada ikan empurau juga. Dengan nama saintifiknya Tor douronensis, ikan semah adalah spesies ikan bersirip dari keluarga Cyprinidae.

image is not available
Kenali Ikan Semah, Ikan Rasmi Sarawak Dan Ikan Alternatif Kepada Ikan Empurau. Sumber gambar: UMPAN

Ikan semah menjadi ikan rasmi Sarawak dan juga antara ikan termahal di Sarawak

Walaupun tidak semahal empurau, ikan semah juga masih menduduki carta ikan termahal di Sarawak. Bukan itu sahaja, ikan semah menjadi alternatif kepada ikan empurau kerana memiliki tekstur dan isinya yang lembut seakan ikan empurau.

Kalau ikan empurau menjadikan buah jenis engkabang sebagai pilihan utama makanannya, begitu juga ikan semah yang menjadikan tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanannya.

image is not available
Kenali Ikan Semah, Ikan Rasmi Sarawak Dan Ikan Alternatif Kepada Ikan Empurau. Sumber gambar: UMPAN

Ikan semah menjadi pilihan sebagai ikan rasmi Sarawak kerana semah itu sendiri adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Iban. Ikan semah ini banyak terdapat di hulu-hulu sungai yang beraliran deras di pedalaman Sarawak terutamanya di Sungai Katibas.

Menjadi ikan rasmi Sarawak pasti memiliki nilai komersial yang tinggi. Ikan semah banyak dijadikan sebagai produk ikan pekasam dimana produk ini dapat dikomersialkan untuk tembus pasaran antarabangsa.

image is not available
Sumber gambar: UMPAN

Kalau tak dapat makan ikan empurau pun, dapat ikan semah pun dah sedap tau. Kalau datang ke Sarawak nanti boleh dah cari ikan semah ini masak stim atau pansuh. Pasti puas hati.

Borneo memang banyak hasil bumi yang unik seperti buah isau, buah engkalak dan banyak lagi. Boleh baca artikel dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut: