Suasana dalam bilik konsultasi tiba-tiba jadi sunyi sepi. Hanya bunyi pendingin hawa yang kedengaran.
Di depan doktor, seorang pemuda. Umur baru awal 30-an. Badan tegap, nampak sihat. Tapi air matanya jatuh menitik ke atas kertas laporan perubatan di tangan. Tangan dia menggigil.
"Doktor.. saya jaga makan. Saya tak merokok. Famili saya tak ada sejarah kanser. Anak saya kecil lagi doktor. Baru masuk tadika. Siapa nak jaga dia kalau saya tak ada?
Soalan itu berat. Sangat berat. Pesakit datang sebab ada darah sikit masa buang air besar. Dia ingat buasir. Pesakit biarkan berbulan-bulan.
"Alah, panas dalam ni," katanya. Bila datang hari ni, rupanya Kanser Usus Tahap 3 (Advanced).
Kenapa orang muda?
Kita selalu dimomokkan: "Kanser ni penyakit orang tua/perokok." Salah. Realiti zaman sekarang sangat kejam.
Kenapa "Sihat" Tapi Masih Kena?
Mungkin kita tak merokok, tapi,
- Duduk Adalah 'Rokok'
Baru Kita kerja ofis 8 jam. Balik rumah main game atau scroll telefon 4 jam. Usus kita 'lumpuh'. Toksin tak bergerak keluar. Kita simpan 'racun' dalam badan hari-hari.
- Makanan 'Palsu' (Ultra-Processed)
Kita jarang makan daging stik. Tapi kita hantu air manis, hantu jajan, hantu makanan segera yang penuh pengawet. Bahan kimia ni rosakkan sel senyap-senyap.
- Stres & Tidur
Badan kita 'terbakar' dari dalam (chronic inflammation) sebab tak cukup tidur dan stres kerja. Imuniti badan jadi lemah, tak mampu nak bunuh sel kanser yang baru nak tumbuh.
- "Tunggu Dulu" Ini punca paling sedih.
Badan dah bagi isyarat. Berak berdarah. Perut kembung tak selesa. Najis jadi halus. Tapi kita jawab: "Nantilah. Sibuk kerja. Tak sakit pun." Kita beri masa untuk kanser tu merebak.
Kawan-kawan, kanser usus pada orang muda sifatnya AGRESIF. Dia tak tunggu kita bersedia.
Tolonglah.
Kalau ada darah pada najis, walau setitik, jangan anggap ia buasir. Jangan Google, jangan beli ubat farmasi sendiri. Pergi jumpa doktor. Minta periksa.
Biarlah doktor kata "Oh, ni luka sikit je", daripada doktor terpaksa cakap: "Maaf, kami dah buat yang terbaik.."
Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna. Kongsikan cerita ni. Mana tahu asbab post ni, ada nyawa kawan kita yang terselamat.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

