Kenali Nadeen Ayoub Wakil Dari Palestin Dalam Miss Universe 2025

Entertainment
21 Aug 2025 • 4:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nadeen Ayoub akan menjadi wanita pertama mewakili Palestin dalam pertandingan ratu cantik, Miss Universe di Thailand pada November ini.

Difahamkan, Nadeen membesar di Palestin, Kanada dan Amerika Syarikat, ia menjadikan Nadeen seorang yang berfikiran terbuka dengan pengalaman hidup yang luas. Kini beliau menetap antara Dubai dan Ramallah, namun jati dirinya sebagai wanita Palestin tetap kuat.

Dia memulakan kariernya sebagai jurulatih kecergasan selain pernah menjadi guru psikologi di West Bank.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadeen Ayoub (@nadeen.m.ayoub)

Perjalanan beliau dalam dunia ratu cantik bermula pada tahun 2022 apabila menjadi wanita Palestin pertama menyertai Miss Earth. Dalam pertandingan itu, Nadeen berjaya meraih gelaran Miss Earth Water, iaitu kedudukan empat terbaik.

Beliau turut menubuhkan Olive Green Academy di Dubai, sebuah platform yang menggabungkan kecerdasan buatan (AI) dan kelestarian alam sekitar bagi memperkasakan wanita Palestin. Selain itu, beliau juga mengasaskan Sayidat Falasteen iaitu platform media yang memberi ruang kepada wanita Palestin untuk mengetengahkan karya serta suara mereka.

Menerusi hantarannya di Instagram, Nadeen berkongsi bahawa dia berjanji akan membawa nama Palestin serta mengetengahkan permasalahan serta genosid yang sedang berlaku di negaranya dalam pertandingan Miss Universe.

 

Sumber: Mabumbe

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.