Kenali Rhinoceros Hornbill, Burung Enggang Badak Kebanggaan Warga Bumi Kenyalang

18 Aug 2023 • 4:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kenali burung rasmi bagi negeri Sarawak

Kenali Rhinoceros Hornbill, Burung Enggang Badak Kebanggaan Warga Bumi Kenyalang. Terdapat 62 spesies burung Enggang yang dapat ditemui di seluruh dunia. Namun di Sarawak, burung Enggang yang paling terkenal dan menjadi lambang serta burung rasmi negeri adalah Burung Enggang Badak, yang juga dikenali sebagai Rhinoceros Hornbill.

Menurut sumber dari National Geographic, selain daripada Asia Tenggara, burung Enggang juga dapat ditemui di kawasan Melanesia dan juga Afrika.

image is not available
Kenali Rhinoceros Hornbill, Burung Enggang Badak Kebanggaan Warga Bumi Kenyalang. Kredit: World Land Trust

Hornbill, yang nama saintifiknya Bucerotidae, merupakan sejenis burung tropika yang diberi nama berdasarkan bentuk paruhnya yang unik dan melengkung yang diperbuat daripada bahan keratin yang sangat istimewa.

Boleh hidup hingga 35 tahun!

Spesies burung ini boleh hidup sehingga 35 tahun dan banyak ditemui di dalam kawasan rendah dan pergunungan, iklim tropika dan sub-tropika, serta dalam hutan hujan gunung sehingga ketinggian 1,400 meter di Borneo, Sumatra, Jawa, Semenanjung Malaysia, Singapura, dan selatan Thailand.

Paras rupa Enggang Badak ini juga lain daripada spesis Enggang yang lain. Enggang Badak Jantan mempunyai paruh melengkung ke atas berwarna merah terang dan kuning. Bahagian perutnya berwarna hitam manakala bahagian bawah perutnya berwarna putih. Ekornya berwarna putih dan mempunyai jalur hitam di pertengahan ekor.

Bagi Enggang Badak betina pula, saiz badannya lebih kecil dan warna paruhnya lebih pudar berbanding dengan paruh yang jantan.

image is not available

Yang menariknya, burung Enggang Badak ini juga dianggap sebagai simbol dan burung rasmi bagi negeri Sarawak. Jadi kepada semua yang ingin menggunakan gambar burung Enggang rasmi negeri Sarawak, pastikan anda memilih spesies Enggang yang tepat iaitu Rhinoceros Hornbill atau Enggang Badak.

Baca lagi artikel menarik: