
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seperti semua sedia maklum, musim persekolahan bagi kalendar akademik sesi 2026/2027 telah pun bermula pada Ahad (11 Januari) dan 12 Januari yang turut melibatkan pelajar baharu Tahun 1 dan Tingkatan 1.
Para ibu bapa sudah tentu berasa teruja melihat anak mereka sudah memasuki fasa pendidikan khususnya buat mereka yang melihat si kecil melangkah ke sekolah buat pertama kalinya.
Semasa hari pertama sekolah ini juga, terdapat banyak gelagat anak-anak mula dikongsikan di media sosial. Ada yang menangis, merajuk, gembira, dan ada juga ibu bapa yang tergamam dengan bau ‘syahdu’ seakan telur atau besi apabila si kecil pulang dari sekolah.
Perkara ini nyata mendapat perhatian ramai memandangkan banyak ibu bapa yang berdepan pengalaman sama. Justeru, ramai ingin tahu apa puncanya?



Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Murid Kembali Ke Sekolah Cuit Perhatian Ramai, Siap ‘Flashback’ Momen Waktu Kecil
Kenapa Anak Kecil Hasilkan Bau Kurang Senang Selepas Pulang Sekolah?
Semakan kami mendapati seorang doktor perubatan dikenali sebagai Dr Shazwanie Azeera sebelum ini pernah berkongsi bau badan anak-anak yang sudah bersekolah adalah berbeza dengan bayi.
Misalnya, ramai di antara kita yang sangat sukakan bau bayi, malah siap menyifatkannya sebagai “bau syurga”.
Tetapi kenapa segelintir murid sekolah berbau sebaliknya? Ada yang menganggapnya seperti bau telur, besi atau ayam. Bunyi agak pelik tetapi ramai berdepan pengalaman sama.
Menurut Dr Shazwanie, bau badan adalah normal bagi seorang manusia. Ia berlaku apabila kelenjar peluh mengeluarkan peluh semasa cuaca panas bagi menyejukkan tubuh badan.
Bakteria yang terdapat pada badan mula akan memainkan ‘peranan’ mereka dengan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.
Bau Remaja Lebih Menyengat Jika Tidak Dijaga
Tambah Dr Shazwanie, tubuh badan golongan remaja pula akan lebih berbau kerana sudah memasuki fasa baligh.
“Budak-budak bau telur kita boleh terima lagi. Kalau korang tak jaga (badan), satu rumah boleh bau sebab badan korang je. Badan kita ni berubah mengikut situasi, macam saya kata bila akil baligh badan kita lain. Anak-anak yang balik dari sekolah dengan bau anak-anak yang sedang demam lain.”
Menurut penjelasan pakar tersebut, kelenjar peluh terbahagi kepada dua iaitu:
- Kelenjar Eccrine
- Kelenjar Apocrine
Kelenjar Apocrine akan mengeluarkan bau busuk akibat peluh di anggota badan yang berbulu sebagai contoh ketiak atau di kemaluan. Jelasnya, kawasan berbulu menghasilkan peluh dengan kandungan protein yang tinggi.
Oleh disebabkan itu, ia mudah diuraikan oleh bakteria pada kulit manusia dan akhirnya menghasilkan bau yang sangat kuat.
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Ketiak Bau Busuk? Ini Cara Terbaik Untuk Atasinya
“Peluh kita asalnya tiada bau tapi bila dah bercampur dan uraikan oleh bakteria baru ada bau. Jadi orang yang ada banyak bulu, atau tau buang bulu pada tubuh badan dia akan lebih berbau daripada orang yang kurang berbulu.
“Bayangkan orang yang tak jaga kebersihan tak bercukur, yang tak buang bulu-bulu dia, dia akan ada bau yang sangat teruk. Bau keju, bau hapak, bau tengik.”
Manusia Hasilkan Kira-kira 10 Liter Peluh Sehari
Untuk kelenjar Eccrine pula, ia terdapat di seluruh kawasan badan terutamanya tapak tangan dan kaki.
Dedahnya lagi, tubuh manusia menghasilkan lebih kurang 10 liter peluh dalam masa satu hari dan tiga ke empat liter dalam masa satu jam.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Tujuh Jenis Fabrik Yang Buatkan Badan Cepat Berbau
Apa Perlu Buat Untuk Hilangkan Bau ‘Telur’ & Hapak?
Buat anak-anak yang berdepan dengan masalah bau ini, di sini kami kongsikan beberapa langkah yang boleh dilakukan atau dipantau ibu bapa, menurut saranan Dr Shazwanie:
- Jaga kebersihan diri
- Kerap tukar baju
- Pakai deodoran semula jadi
- Mandi dengan betul terutamanya di celahan pelipat
- Pilih sabun yang sesuai dengan kulit
@wanieazeera Kebanyakan kanak2 ada bau yang sama. Bau telur. Bau berubah bila mereka start baligh. Bau badan adalah normal tp wajib bagi kita menjaga badan kita dari berbau tak enak. Sebagai muslim, kita bersolat berjemaah dengan merapatkan saf, jd kita kena jaga bau badan kita agar x ganggu jemaah lain. Menjaga kebersihan merupakan sebahagian dari iman kita. Sesungguhnya baby bau best! Haha rujukan video @UyainaArshad
♬ original sound – WanieAzeera – WanieAzeera
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: Masih Malas Nak Mandi? Doktor Kongsi Kesan Buruknya [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kantin Sekolah Bersih & Dapat Markah 95% Dari KKM Raih Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Untuk Wanita Kekal Wangi Sepanjang Hari





