Nak salam orang rasa segan, sebab tangan basah lencun macam baru lepas cuci pinggan.
Pegang kertas sekolah pun jadi lembik.
Keadaan di mana tapak tangan (dan kadangkala tapak kaki) berpeluh secara melampau ini dipanggil HYPERHIDROSIS.
Ia bukan sebab anak anda pengotor, dan ia BUKAN tanda sakit jantung (Lemah Jantung) seperti yang sering digembar-gemburkan oleh orang tua-tua.
Kenapa ia berlaku?
Ia berpunca daripada sistem saraf simpatetik yang 'terlebih rajin'.
Saraf ini menghantar signal kepada kelenjar peluh di tangan untuk keluarkan peluh walaupun cuaca tak panas dan anak tak berlari pun.
Bila anak rasa gementar (nervous) atau malu, peluh akan keluar lagilah banyak sampai menitis-nitis.
Kesan Psikologi Kepada Anak:
1. Antisosial: Malu nak bersalam atau pegang tangan kawan.
2. Susah Belajar: Kertas peperiksaan basah, pen licin nak pegang.
3. Stress: Takut orang ejek tangan 'berlendir'.
Apa Boleh Buat?
1. Antiperspirant Khas: Deodoran bukan untuk ketiak saja. Ada jenis 'Clinical Strength Antiperspirant' (mengandungi Aluminium Chloride) yang boleh disapu pada tapak tangan sebelum tidur. Ia membantu 'sumbat' kelenjar peluh buat sementara.
2. Sapu Tangan: Bekalkan anak dengan sapu tangan kecil (handkerchief) dalam poket sentiasa untuk lap sebelum bersalam.
3. Jumpa Dermatologi: Jika peluh sampai menitis (dripping) dan ganggu aktiviti harian, bawa jumpa pakar kulit. Ada rawatan seperti Iontophoresis (rendam tangan dalam air beralis elektrik lemah) atau suntikan Botox yang sangat berkesan.
Jangan marah anak atau cakap "Ee gelinya". Mereka tak minta jadi macam tu. Bagi sokongan emosi.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

