Kenapa Bersalin Czer Kali Kedua Lebih Sakit Berbanding Yang Pertama? Ini Penjelasan Pakar O&G [Video]

Health & FitnessFamily & Parenting
6 Aug 2026 • 5:09 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kenapa Bersalin Czer Kali Kedua Lebih Sakit Berbanding Yang Pertama? Ini Penjelasan Pakar O&G [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Selain bersalin secara normal, pembedahan caesarean (c-section) atau dipanggil sebagai czer juga merupakan salah satu proses melahirkan anak yang sering menjadi pilihan bakal ibu.

Bagi sesetengah wanita hamil, ada yang terpaksa bersalin secara czer buat kali kedua meskipun telah melalui proses sama pada kelahiran pertama.

Namun, ada segelintir yang mendakwa pengalaman czer kali kedua lebih sakit berbanding yang sebelumya.

Pernah tak anda terfikir mengapa keadaan sebegitu berlaku? Adakah ia satu perkara yang normal?

Pakar Jelas Antara Punca Utama Czer Kali Kedua Lebih Sakit Disebabkan Keadaan Adhesi

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi (Gynae) Mahkota Medical Centre, Dr Sevellaraja a/l N.Supermaniam dalam satu video di Instagram, antara punca utama mengapa czer kali kedua lebih sakit berbanding yang pertama adalah disebabkan keadaan adhesi.

“Punca utama ialah tisu parut atau dalam istilah perubatan dipanggil Adhesi.

“Selepas pembedahan caesarean pertama, badan akan membentuk tisu parut semasa proses penyembuhan.

“Kadang-kadang, rahim, pundi kencing, usus atau dinding abdomen boleh melekat antara satu sama lain,” katanya.

Lebih Banyak Tisu Parut Perlu Dikendalikan Hingga Sebabkan Keradangan

Jelas Dr Sevellaraja atau juga dikenali sebagai Dr Selva, keadaan itu menyebabkan lebih banyak tisu parut dikendalikan ketika proses pembedahan sehingga boleh menjadi punca keradangan.

“Semasa caesarean kedua, pakar bedah mungkin perlu memisahkan lekatan ini dengan berhati-hati sebelum sampai ke rahim.

“Ini menyebabkan lebih banyak tisu parut perlu dikendalikan, lebih banyak keradangan, lebih banyak kesakitan,” jelasnya.

Dakwaan Doktor Potong Rahim Tempat Sama Bukan Punca Czer Kali Kedua Lebih Sakit

Tambah Dr Selva lagi, ada individu mendakwa sakit yang dialami ketika c-section kali kedua berpunca dari tindakan doktor memotong rahim di tempat yang sama.

“Sebenarnya itu bukan sebab utama. Rahim mempunyai keupayaan yang sangat baik untuk sembuh selepas bersalin.

“Kebanyakan kesakitan datang daripada otot abdomen, lapisan fascia dan tisu parut di sekeliling rahim,” katanya.

Faktor Lain Turut Jadi Punca Pengalaman Czer Kali Kedua Lebih Sakit Berbanding Pertama

Jelas Dr Selva lagi, terdapat faktor lain yang turut menjadi punca pengalaman c-section seseorang menjadi lebih sakit berbanding sebelumnya.

“Ada faktor lain juga. Mungkin usia ibu lebih meningkat, pembedahan mengambil masa lebih lama.

“Kali ini, anda bukan sahaja menjaga bayi yang baru lahir tetapi mungkin juga perlu mengejar anak yang lebih besar di rumah,” katanya.

Tak Semua Caesarean Kedua Lebih Sakit Berbanding Yang Pertama

Namun Dr Selva menjelaskan, tidak semua wanita berhadapan dengan pengalaman pembedahan czer kali kedua lebih sakit berbanding yang pertama.

“Berita baiknya ialah tidak semua caesarean kedua lebih sakit. Ada juga ibu yang pulih dengan lebih cepat terutamanya jika pembedahan dirancang lebih awal dan kawalan kesakitan baik.

“Jika caesarean kedua anda lebih menyakitkan daripada yang pertama, anda bukan keseorangan.

“Sains perubatan memang menunjukkan perkara ini boleh berlaku dan ada sebab yang jelas di sebaliknya,” ujarnya.

View this post on Instagram

A post shared by Dr. Selva | Fibroid Specialist in Malaysia | Fertility Doctor (@drselvagynaecologist)

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Pakar Tak Galakkan Ibu Bersalin Czer Makan Ikan Haruan, Ini Penjelasannya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Hargai Pengorbanan Bersalin Czer, Lelaki Di China Beri RM64 Setiap Kali Isteri Melangkah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved