Kenapa Bila Stres Je Mesti Craving Makanan Manis? Ini Jawapannya [Video]

Health & FitnessFood
3 Aug 2026 • 6:10 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kenapa Bila Stres Je Mesti Craving Makanan Manis? Ini Jawapannya [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Stres atau tekanan merupakan antara perkara biasa yang sering berlaku dalam kehidupan seharian.

Namun bagi kebanyakan orang, cara mencari ‘ketenangan’ adalah dengan mengambil makanan yang manis setiap kali berdepan dengan tekanan.

Pernah tak anda terfikir sebab di sebalik perbuatan ini? Kenapa bila stres je kita asyik mengidam benda yang manis-manis seperti coklat, aiskrim.

Badan Hasilkan Hormon Kortisol Ketika Stres, Tingkatkan Keinginan Terhadap Benda Manis

Menurut seorang ahli farmasi yang dikenali sebagai Jasmin dalam satu hantaran di Instagram @jasmine.pharmacist, apabila seseorang itu berada dalam keadaan tertekan, badan akan menghasilkan satu hormon yang dikenali sebagai kortisol.

Jelas Jasmine, peningkatan hormon kortisol akan menyebabkan badan memerlukan tenaga untuk berhadapan dengan stres tersebut.

Keadaan itu menyebabkan badan menghantar isyarat memerlukan makanan yang manis dan tinggi gula kerana ia boleh memberi kelegaan.

“Apabila kita stres, badan kita akan hasilkan sejenis hormon dipanggil sebagai kortisol.

“Apabila kortisol sangat tinggi, badan kita memerlukan tenaga (dengan) cepat kerana badan kita tengah bersedia untuk menghadapi tekanan tinggi.

“Disebabkan itulah badan kita akan beri signal untuk craving benda yang manis. Makanan yang manis atau karbohidrat ringkas boleh beri tenaga yang cepat kepada badan untuk hadapi tekanan,” jelasnya.

Otak Anggap Makanan Manis Sebagai Reward

Tambah Jasmin, apabila seseorang itu menikmati hidangan yang manis ketika stres, ia memberi isyarat kepada otak bahawa makanan tersebut dianggap sebagai reward (ganjaran) yang boleh membuatkan seseorang gembira.

“Bila makan benda manis macam ini ia juga akan bagi signal kepada otak kita sebagai ganjaran yang boleh buat kita gembira apabila makan benda-benda yang manis.

“Inilah yang dipanggil sebagai stress eating,” jelasnya.

Makan Manis Hanya Buat Individu Rasa Lega Sekejap Dari Tekanan

Dalam satu perkongsian yang berbeza oleh seorang doktor perubatan, Dr Siti Juariah Binti Kusni atau lebih mesra dikenali sebagai Dr Jue di Instagram, tindakan makan manis ketika stres hanya memberikan kelegaan yang sementara.

Jelas Dr Jue, sebaik kesan itu hilang, rasa craving itu akan datang semula sekaligus membuatkan seseorang mempunyai rasa untuk menikmati makanan yang manis.

Jika keadaan ini masih berterusan, pengambilan makanan yang manis boleh menyebabkan seseorang itu sukar mengawal berat badan dan gula dalam darah khususnya buat mereka yang menghidap diabetes.

View this post on Instagram

A post shared by Dr Jue (@drjue.official)

Ahli Farmasi Kongsi Langkah Tangani Stress Eating

Tambah Jasmin lagi, antara cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah stress eating ini adalah dengan mendapat tidur yang mencukupi serta mengambil lebih banyak protein serta kompleks karbohidrat dalam pemakanan.

“Cara yang paling sesuai untuk mengatasi stress eating ini ialah dengan pastikan tidur mencukupi dan ambil lebih banyak protein dan kompleks karbohidrat supaya badan anda tahan lapar.

“Apabila berasa sangat tertekan, anda boleh keluarkan diri dari situasi itu, pergi keluar berjalan 10 hingga 15 minit untuk clearkan minda.

“Minum air secukupnya kerana kadangkala rasa dahaga itu boleh tersalah pandang (mislook) sebagai sugar craving.

“Buatlah benda lain yang menenangkan seperti dengar muzik, bersenam atau benda yang anda suka supaya minda lebih tenang dan lebih senang mengatasi stres,” jelasnya.

View this post on Instagram

A post shared by Jasmin (@jasminepharmacist)

Baca Artikel Berkaitan: Dah Makan Tapi Masih Craving Benda Manis Atau Berlemak? Ini Sebabnya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: 5 Makanan Boleh Mengundang Anxiety Atau Kegelisahan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved