“Kenapa budak ni?” – Individu Tegur Penceramah Selit Aktiviti ‘Pickup Line’ Dalam Sesi Ceramah Di Sekolah

Entertainment
15 Dec 2023 • 10:56 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Masa jadi pelajar dulu, korang masih ingat tak sesi program ceramah yang diadakan di sekolah?

Ada bermacam aktiviti yang dilakukan oleh penceramah yang hadir, tapi yang paling melekat di minda kita adalah aktiviti di mana kita diminta untuk bayangkan apa yang berlaku jika tiba-tiba semasa pulang ke rumah, kita terlihat banyak kasut di muka pintu. Haa mesti ramai yang teresak-esak nangis kan masa tu…

“Adakah ini budaya baru penceramah di sekolah?”

Namun baru-baru ini tular di X, sebuah video yang memaparkan satu aktiviti dalam sesi ceramah di sebuah sekolah yang menerima teguran panas dari seorang netizen.

Menerusi video berkenaan dapat dilihat seorang murid sekolah memberi ‘pickup line’ kepada seorang ustazah dengan menyatakan perbezaan ustazahnya dengan kad pengenalan.

Apa beza ustazah dengan IC? IC saya letak di dompet. Ustazah terletak di hati saya,” katanya sambil melompat-lompat gembira.

Bersama video itu, individu bernama Aliff Ahmad memberi teguran bahawa budaya baru yang dibawa penceramah di sekolah ini adalah sangat tidak sesuai dilakukan kepada pelajar yang masih muda.

Sorry mungkin kolot. Aku budak 80s yang lahir era transisi analog kepada digital. Zaman rotan dan motivasi psikologi.

“Cuma, aku rasa macam ada yang tak kena dengan video ini setelah sahabat aku menunjukkan video ini kepada aku. Bermain dalam kepala aku…

“Adakah ini budaya baru? Style baru dalam industri penceramahan dan motivasi pendidikan anak-anak di sekolah hari ini?”

Tambahnya lagi, melihatkan ‘gelagat’ murid berkenaan yang dikatakan ‘menggedik’ ketika memberi pickup line itu, perkara ini dirasakan tidak kena dan ia tidak memberi sebarang matlamat yang baik kepada murid-murid berkenaan.

Boleh baca penuh kat bawah:

image is not available

image is not available

Kenyataan ini telah mendapat sokongan daripada netizen yang menganggap pelajar zaman sekarang sudah kurang rasa hormat dengan guru-guru di sekolah.

image is not available

Apa pendapat korang tentang isu ini? Wajarkah penceramah zaman sekarang buat aktiviti macam ni?

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.