“Kenapa bukan dari dulu buat laporan?” – Edika Yusof Nafi Kasari Isteri 22 Tahun Lepas

Entertainment
6 May 2025 • 12:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, bekas isteri kepada pelakon senior, Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri, mendakwa dia telah dikasari oleh bekas suaminya sejak 22 tahun lalu dan ia juga menjadi punca kepada perceraian mereka semalam.

Susulan itu, Edika menafikan dakwaan Nor Hidayah dan mempersoalkan kenyataan bekas isterinya itu yang baru sekarang mahu berkongsi mengenai tuduhan itu.

image is not available

Tiada kena-mengena dengan keganasan. Dia ada tiga abang besar, tiga adik lelaki, (semuanya) enam orang dan anak-anak pun dah besar.

“Takkan mereka diam. Lagipun kalau berlaku keganasan dalam rumah tangga, kenapa bukan dari dulu buat laporan, kenapa baru sekarang?

“Apa-apa dikongsi itu hak dia, saya pun boleh cakap ada 20, 30 bukti kalau mahu. (Cuma) ini bukan pertandingan tiada siapa akan menang,” katanya selepas pengesahaan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.

Lapor Kosmo!, bapa kepada dua anak itu memenuhi permintaan Nor Hidayah untuk bercerai agar masalah tersebut tidak berpanjangan atau memalukan anak-anak.

image is not available

Saya tak ingin lagi bertelagah mengenai hal begini. Kami akan mendapat malu, anak-anak pun dapat malu. Kita kena jaga air muka anak-anak.

“Jangan gaduh-gaduh, fokus pada anak dan kita muhasabah diri. Kalau dia perlukan kaunseling, pergilah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, bila ditanya sama ada rakan-rakan terdekat menjauhkan diri apabila muncul dakwaan yang mengatakan dia mengasari isteri, Edika berkata, dia bersyukur kerana ramai memahami serta memberikan sokongan.

Apa-apapun kita doa yang baik-baik buat mereka.

Sumber: Kosmo!

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.