Kenapa Bulan Purnama Dipanggil “Strawberry Moon”? Ini Sebabnya

25 Jun 2024 • 2:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Kenapa Bulan Purnama Dipanggil “Strawberry Moon”? Ini Sebabnya

Pada 21 hingga 22 Jun lepas, warganet dilihat berkongsi gambar fenomena cahaya bulan yang luar biasa. Ada yang menggunakan teleskop, dan ada juga yang menggunakan telefon pintar. Rata-rata, bulan penuh jelas kelihatan dengan sinarnya yang terang-benderang.

Fenomena ini digelar Bulan Strawberi atau ‘Strawberry Moon’ dan merupakan satu fasa bulan penuh yang hanya berlaku dalam bulan Jun setiap tahun.

Biarpun begitu, tidak semua kawasan di Malaysia dapat menyaksikan fenomena ini lantaran hujan dan langit mendung. Jangan risau, berikut SK kongsikan koleksi gambar fenomena ini buat anda.

Koleksi gambar Bulan Strawberi di Malaysia

image is not available
Gambar: Muhammad Azuan Ramli melalui Kumpulan Facebook Astronomi dan Sains

image is not available
Gambar: Mohd Azrul Aziz melalui Kumpulan Facebook Astronomi dan Sains

 

image is not available
Gambar: Norehan Yusof melalui Kumpulan Facebook Astronomi dan Sains

image is not available
Dari lensa di Batu Gajah, Perak. Gambar: Amirul Adlii melalui Kumpulan Facebook Astronomi dan Sains

 

image is not available
Gambar fenomena Bulan Strawberi diambil menggunakan kamera telefon pintas Realme 9 Pro Plus yang dipasang pada teleskop. Gambar: Tini Ahmad Astroscape melalui Kumpulan Facebook Astronomi dan Sains

Dari perkongsian warganet di laman Facebook kami, SK dapati ada yang bertanya kenapa bulan penuh ini dipanggil Bulan Strawberi sedangkan warnanya kuning, bukan semerah buah tersebut.

image is not available

Tahukah anda, nama Bulan Strawberi ini bukan disebabkan bulan yang berwarna merah seperti buah strawberi. Ikuti perkongsian di bawah untuk tahu lebih lanjut.

Bulan Strawberi, fenomena bulan penuh Solstis Musim Panas

Menurut NASA, pemberian nama ini berkait rapat dengan sejarah masa silam manusia.

Seperti yang kita ketahui, di sini, bulan penuh disebut sebagai bulan purnama. Apabila datangnya ilmuwan Islam, fenomena bulan penuh digelar ‘Hari Putih’ iaitu tiga hari di tengah bulan mengikut kalendar Islam yang mengalami fasa bulan penuh.

Begitu juga dengan pemberian nama bagi fenomena ini. Nama Bulan Strawberi ini diberi dalam tahun 1930-an bagi menandakan musim menuai strawberi di timur laut Amerika Syarikat.

Selain nama ini, fenomena bulan penuh dalam bulan Jun ini turut dinamakan sebagai ‘Mead’ atau ‘Honey Moon’. ‘Mead’ merupakan satu minuman berasaskan madu yang diperam dan dicampurkan bersama air, atau juga buah-buahan, rempah, bijirin atau hop. Minuman yang juga dikenali dengan nama Wain Madu.

Menurut NASA lagi, beberapa penulisan menunjukkan madu sesuai diambil pada penghujung Jun dan menjadikan bulan pada ketika itu ialah bulan “paling manis”.

Tambahan lagi, perkataan ‘honeymoon’ atau bulan madu juga kemungkinan bermula dari tahun 1500-an di Eropah yang melibatkan adat ketika itu untuk melangsungkan perkahwinan di bulan Jun berikutan ia merupakan bulan paling manis dalam setahun.

Dan tidak boleh disangkal, cahaya bulan yang terang pastinya memukau sesiapa sahaja. Dan fenomena bulan penuh juga amat sinonim dengan puisi-puisi cinta seperti lagu Malam Bulan Dipagar Bintang oleh Allahyarham P Ramlee. Ah romantis ya.

Sumber: NASA