“Kenapa delete comment?” – Fazura Tak Maafkan Netizen Tabur Fitnah Padanya

Entertainment
11 Dec 2024 • 10:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Fitnah serta cercaan merupakan sesuatu yang boleh membuatkan emosi seseorang itu terganggu dan boleh memberi kesan yang lama.

Terbaru, pelakon dan usahawan terkenal Fazura menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa marahnya apabila ada seorang netizen tidak bertanggungjawab melemparkan kata-kata hinaan terhadapnya susulan perceraiannya dengan pelakon, Fattah Amin.

Dalam hantaran Insta Story itu, Fazura menegaskan dia tidak akan memaafkan individu yang mengatakan dia seorang yang pendendam serta menganiaya orang lain.

image is not available

“Simpan kenangan setiap kata-kata awak pada saya untuk bekalan masa depan awak pula nanti ya.

Ingat! Saya tak maafkan sepatah pun fitnah dan cercaan awak ni pada saya di dunia akhirat,” tulisnya.

Lebih menggerunkan, individu tersebut turut berdoa agar Allah menyedarkan Fazura dan menjauhkannya daripada lelaki-lelaki yang baik. Pun begitu, komen yang ditinggalkan oleh individu terbabit dilihat sudah dipadam olehnya.

Sebelum ini, terdapat berita yang mengatakan Fazura menghantar notis tuntutan (LOD) kepada Fattah membabitkan isu sebuah kenderaan yang dihadiahkan kepada bekas suaminya itu.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.