“Kenapa Father’s Day Untuk Mama? Sebab Cik B Takde Ayah” – Ramai Sebak Tonton Video DS Vida & Anak

19 Jun 2024 • 11:34 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Video dimuat naik oleh usahawan terkenal, Dato Seri Vida di akaun Instagram mengundang rasa sebak dan menyentuh hati ramai pengikutnya.

image is not available 1 month ago

Cik B 'Self Reward' Kereta G Wagon Brabus Sempena Hari Lahir, Bersyukur Sentiasa Dapat Sokongan Datuk Seri Vida

 

Kenapa sambut Hari Bapa untuk mama?

Menerusi hantaran itu, Vida berkongsi tentang kejutan yang diterimanya daripada anak perempuannya, Cik B baru-baru ini bersempena dengan sambutan Hari Bapa.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin telah memberikan hadiah kek buat ibunya itu ketika Vida sedang membuat siaran langsung di media sosial.

Namun apa yang lebih menyentuh hati ramai adalah kata-kata Cik B selepas Vida bertanya mengapa dia menyambut Hari Bapa untuk ibunya.

Sebab Cik B tiada ayah. Jadi nak letak apa? Selamat hari bapa buat ayah yang tiada? Mama adalah ayah, ibu, kakak, kawan dan semuanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

 

Kesiannya Cik B…

Ramai akui suka melihat keakraban dan kasih sayang di antara Vida dan dua orang anaknya tidak lupa juga ada yang mendoakan mereka sekeluarga.

Dalam pada itu, sesetengah netizen bersimpati dengan Cik B selepas dia meluahkan tentang ‘ketiadaan’ bapa.

Pada tahun 2021, Vida telah mendapat hak penjagaan terhadap dua anaknya, Cik B dan Kacak. Mahkamah Tinggi Syariah juga memberi hak kepada mereka berdua untuk membuat keputusan berjumpa bapa mereka apabila bersedia.

image is not available