
Hanya kerana nak ikut jejak langkah pempengaruh di media sosial, ada segelintir remaja mengambil remeh soal pembelajaran. Sampai ada yang sanggup berhenti belajar tau!
Sebagai seorang pempengaruh, anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B memberikan pandangannya berhubung isu itu.
Cik B menegaskan pembelajaran sangat penting untuk dijadikan sebagai persiapan di masa hadapan.
Bukan semua orang boleh jadi pempengaruh jadi belajar! Kalau nak jadi pempengaruh pun jangan lupa belajar! Sebab kita tak tahu masa depan kita nanti!

Terdahulu, isu ini hangat dibualkan kerana ada golongan yang menormalisasikan gagal dalam keputusan SPM.
Ha Cik B pun dah suruh pentingkan belajar. Tak guna kalau jadi influencer tapi langsung tak ada pengetahuan am. Semoga golongan muda ni sedarlah bahawa menimba ilmu itu penting.
Kredit: Instagram @cikb_havoc66





