“Kenapa Fattah Tak Pujuk, Tak Pertahankan” Abby Abadi Persoal Mengapa Fattah Tidak Memujuk Fazura

LocalEntertainment
7 Oct 2024 • 5:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu pada pagi tadi, Abby Abadi telah melontarkan sebuah pertanyaan menerusi Instagramnya.

image is not available

“Dua2 kata sayang sangat…tapi tetap berceraiii”

“Kenapa fattah tak pujuk, tak pertahankan”

Dalam posting berkenaan, Abby mempersoalkan mengapa Fattah tidak memujuk bekas isterinya, Fazura dan tidak cuba untuk mempertahankan rumah tangga mereka sehingga mereka akhirnya berpisah dengan talak satu setelah tujuh tahun berkahwin.

Abby menyertakan lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Ziana Zain yang berjudul Berpisah Jua pada video sewaktu Fazura dan Fattah berjalan seiringan sebelum ini.

Selain itu, Abby turut memuat naik gambar keluarga pasangan selebriti itu bersama anak mereka Fatima Aisya di Instagramnya.

image is not available

Abby pernah beberapa kali memuat naik nasihat-nasihat yang ditujukan kepada Fattah dan Fazura supaya mereka memperbaiki hubungan mereka dan perkahwinan mereka dapat diselamatkan. Abby turut menjelaskan bahawa dia tiada niat untuk masuk campur dalam hal rumah tangga Fattah dan Fazura namun cukup sedih dengan berita yang didengarinya.

image is not available 20 hours ago

Fazura Menangis Dedah Perangai Fattah, Komen Salina Saibi Raih Perhatian - “Woi Dah Lah Tu, Diamlah!!!”