Kenapa Gaduh-Gaduh Ni

25 Mar 2024 • 8:15 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar media sosial

Lima lelaki warga negara tempatan ditahan selepas dipercayai terbabit dalam insiden pergaduhan di Tambak Johor pada Sabtu lalu.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, kejadian itu turut mengakibatkan dua lelaki mengalami kecederaan.

Difahamkan, pergaduhan dipercayai berpunca akibat salah faham ketika menaiki motosikal di jalan raya, ketika masing-masing dalam perjalanan dari Singapura ke Johor Bahru.

Kesemua lelaki berkenaan dikenakan tahanan reman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi terus di talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182222 atau pegawai penyiasat kes Inspektor S Sivakumaran di talian 019-5127410. - Getaran, 25 Mac 2024

        View this post on Instagram                      

A post shared by Getaranmy (@getaranmy2.0)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved