“Kenapa Harus Digali?” – Netizen Marah Penduduk Gali Semula Kubur Lepas Dengar Bunyi Dentuman

Entertainment
7 Sep 2023 • 7:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini satu kejadian aneh berlaku di Nusa Tenggara Barat, Indonesia melibatkan sekumpulan penduduk telah menggali semula kubur seorang lelaki yang baru sahaja meninggal dunia sebulan yang lepas.

Menurut laporan Liputan 6, mereka bertindak melakukan perkara itu selepas terdengar bunyi dentuman dari kubur itu selama dua hari berturut-turut. Bunyi dentuman itu sangat kuat seolah-olah ada orang sedang memukul papan yang menutupi liang lahad tersebut.

Video kejadian itu telah dikongsi di Facebook @Salome Kuah Mamagina.

Difahamkan, kubur tersebut adalah milik seorang penduduk bernama Ahmad yang meninggal dunia kira-kira 42 hari lepas. Setelah kubur itu digali, mereka tercium bau yang kurang menyenangkan disebabkan mayat yang telah mula membusuk.

Walaupun tindakan itu dipersetujui oleh keluarga si mati, apa yang dilakukan oleh mereka telah mendapat kecaman netizen. Ada yang mengatakan perbuatan itu tidak harus dilakukan kerana tiada kemungkinan mayat itu hidup semula.

Sumber: Liputan6

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.