“Kenapa jemput mat rempit?” – Netizen Kurang Setuju Haqiem Stopa Dijemput Bagi ‘Talk’ Dekat Sekolah

Entertainment
6 Jul 2022 • 10:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang sejenis yang kerap scroll TikTok dan selalu di media sosial, korang pasti kenal dengan Haqiem Stopa yang juga dikenali sebagai ‘ikon permotoran anak muda’ oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal.

image is not available

Haqiem Stopa bagi ‘talk’ pada pelajar sekolah?

Baru-baru ini, Haqiem telah memuat naik satu video di TikTok yang memaparkan dia telah melawat sebuah sekolah dalam satu program dari Projek Belia Mahir.

Di dalam video tersebut, dapat dilihat Haqiem berarak masuk ke dalam sekolah dan memberi ucapan di hadapan pelajar sekolah tersebut. Dia juga kelihatan bergambar dan beramah mesra dengan pelajar di sana.

Bagi yang tak tahu, Projek Belia Mahir ini telah membuat satu program iaitu Cerita Orang Gagal yang mana mereka ini akan ke beberapa sekolah di Malaysia dan menyampaikan mesej ‘Buli Itu Jenayah’ kepada para pelajar.

Antara individu yang terlibat dalam program ini ialah seperti Emam Sapekri dan Haqiem Stopa yang macam korang tengok kat video di atas.

“Kenapa jemput mat rempit?”

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen menerusi ruang komen dan juga perkongsian di Twitter kurang senang dengan Haqiem yang telah dijemput untuk memberi ceramah di sekolah tersebut.

Kebanyakannya berpendapat Haqiem tidak sesuai untuk dijadikan role model kerana imejnya sebagai ‘mat rempit’ yang dibimbangi bakal membawa contoh tidak baik kepada pelajar.

image is not available

Apa-apapun ada juga di kalangan netizen yang memandang isu ini secara positif kerana tujuan Haqiem ke sekolah berkenaan untuk membawa mesej anti buli kepada pelajar sekolah seperti yang dinyatakan di atas.

image is not available

Harapnya pihak berwajib dapatlah membuat pelbagai program menarik lagi kepada pelajar sekolah dengan membawa mesej-mesej yang berguna.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.