“Kenapa kamu delete semua bukti chat?”- Caprice soal sahabat baik Ebit Lew

20 Sep 2023 • 10:03 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi rap sensasi dan pempengaruh, Caprice ‘soal’ sahabat baik Ebit Lew iaitu Ustaz Derry Sulaiman memadam semua bukti ‘chat’ bersama wanita Indonesia bernama Mondy Tatto.

Caprice soal sahabat baik Ebit Lew

Menerusi rakaman video dimuat naik Caprice di Instagram, dia turut meminta rakan personaliti dakwah Ebit Lew iaitu Ustaz Derry sendiri menunjukkan profile dan nombor Mondy kepada umum seperti mana dilakukannya sebelum ini.

Pemilik nama Ariz Ramli juga menyoal sebab Ustaz Derry memadam kesemua ‘bukti’ chat diantaranya dengan Mondy.

“Salam ustaz @derrysulaiman kenapa kamu delete semua “bukti” chat? Kamu sudah fitnah dan sebar fitnah kepada masyarakat Indonesia, Malaysia, dan ibu bapa Mondy. Kami ada rakam semua content dan live ustaz dan kita akan ambil tindakan di Indonesia dalam masa terdekat,”tulisnya.

image is not available

Ujar Caprice, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap ustaz tersebut di Indonesia dalam masa terdekat kerana menyebar fitnah kepada seluruh masyarakat Malaysia, Indonesia dan keluarga Mondy.

Ustaz Derry buat ‘live’, enggan terima pelawaan Caprice ‘join’ sekali

Sementara itu, Ustaz Derry dilihat membuat sesi siaran langsung di platform Instagram yang menjelaskan isu berbangkit bersama Ketua Punk Hidayah, Bang Zed.

Sesi siaran langsung yang dibuat kira-kira jam 2 pagi hari ini menarik perhatian penyanyi berusia 35 tahun untuk mengikuti bersama. Bagaimanapun mereka enggan menerimanya untuk berborak bersama.

image is not available

Sebelum ini, Caprice mendedahkan telefon Mondy sebenarnya telah diambil oleh pihak polis bagi tujuan siasatan lanjut. Justeru itu, perkara yang berlaku ini membuatkan dirinya tertanya-tanya bagaimana Mondy boleh menghubungi Ustaz Derry.

Sumber: Instagram @capricedaddycap, @derrysulaiman