“Kenapa kena sebut bukan-bukan?” – Ernie Zakri Bantu Promote Kawan Carikan Jodoh, Ada Netizen Bagi Respon Celupar

Entertainment
27 Nov 2023 • 12:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Niat hanya mahu membantu rakan tetapi lain pula yang jadinya, penyanyi lagu Gundah, Ernie Zakri begitu terkilan dengan sikap segelintir netizen yang dikatakan suka memberikan soalan sinis terhadap rakannya.

Luahan itu dibuat menerusi platform X miliknya, di mana Ernie dikatakan sangat terkilan dan jelak dengan sikap netizen yang dia labelkan sebagai bitter.

Ia susulan dengan satu status Ernie yang ingin membantu rakannya mencari jodoh. Namun begitu, ada netizen menyindir Ernie dan berpura-pura mempersoalkan jika kawan lelakinya itu mencari jodoh seorang ‘suami’ ataupun isteri.

image is not available

Bahkan ada juga yang mengejek perwatakan lelaki tersebut dan ia membuatkan Ernie tidak berdiam diri dengan menegur sikap mereka.

image is not available

Status tersebut telah meraih lebih daripada 1,000 jumlah perkongsian, selain ramai yang mempertikaikan posting itu dan ada yang juga berkenan dengan kawan Ernie ini siap ada yang recommend kan lagi.

Bagaimanapun, isu itu tidak terhenti di situ, Ernie ada memuat naik satu lagi status dengan meluahkan rasa pelik dan terkilannya terhadap sikap segelintir netizen yang bitter.

Ernie juga ada menasihati golongan bitter ini untuk mendoakan perkara yang baik-baik sahaja buat seseorang itu, selain mempersoalkan sikap mereka yang suka sebut tentang perkara yang bukan-bukan.

Sebaiknya kita doakanlah yang baik-baik buat orang yang berniat nak membina masjid ni. Bukannya tuduh benda yang bukan-bukan.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article