“Kenapa Kena Tanam Api Kebencian, Berdamai Dengan Takdir” – Anggap Isu Makin Merepek, Jofliam Beri 5 ‘Point’ Pertahankan Diri

LocalEntertainment
29 Oct 2024 • 10:35 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, pempengaruh, Cik Epal ada memuat naik satu hantaran bahawa dirinya bakal menyaman staf bekas suami, Jofliam iaitu Dewi susulan mendakwa pelbagai hal yang tidak benar ketika ditemubual oleh pihak media.

Bahkan, kakak Jofliam turut tampil mengeluarkan kenyataan bahawa adiknya menghalau Cik Epal keluar dari rumah dan keadaan keluarga mereka berubah selepas kehadiran Dewi yang dianggap sebagai ‘penyondol’.

Tidak mendiamkan diri, usahawan pizza popular, Jofliam tampil memuat naik hantaran di Instagram Story demi pertahankan diri.

image is not available

Kata usahawan itu, isu yang hangat berlaku sekarang ini sudah semakin merepek dan seolah-olah memberi ruang kepada orang ramai untuk melakukan buli siber terhadapnya, susulan itu dia memberi lima point penjelasan bagi pihaknya pula.

Mulanya, Jofliam menafikan bahawa dia menghalau Cik Epal dari rumah mereka dan sama sekali tidak derhaka terhadap ibu sendiri.

image is not available

Dalam pada itu, usahawan berkenaan menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia bersedudukan dengan wanita bukan mahram dan masih tahu halal haram dalam sesuatu perkara.

image is not available

Tambahannya lagi, mengenai video viral Dewi menyentuh rambutnya ketika mereka di sebuah majlid di Milan, Jofliam berkata ketika itu dia diarahkan untuk touch up rambut dan buang sedikit minyak sebelum ditemubual, bekas isteri juga tahu mengenai hal itu.

image is not available

Jolfiam turut sempat berkata perceraian bukanlah pengakhiran dalam kehidupan dan mereka masih boleh perbaiki diri dengan menjadi ibu bapa yang baik buat anak-anak.

Malah, berharap agar pihak-pihak yang terlibat menyelesaikan hal ini secara privasi tanpa perlu menyebar aib atau kebencian di platform media sosial dan menyuruh semuanya berdamai dengan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

image is not available 1 day ago

Cik Epal Hantar Surat Peguam, Tuntut Ganti Rugi RM1 Juta Daripada Dewi Gara-Gara Kenyataan Fitnah