“Saya Tahu Halal Haram” – Jofliam Nafi Bersekedudukan Dengan Wanita, Buat Penjelasan Panjang Lebar

LocalEntertainment
29 Oct 2024 • 9:56 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
jofliam

Nampaknya isu rumahtangga membabitkan pempengaruh Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam masih belum berkesudahan.

Terbaru timbul pula pelbagai dakwaan kononnya Cik Epal dihalau dari rumah dan Jofliam berkesedudukan dengan seorang wanita.

Wanita berkenaan pula dituduh menggunakan barang peribadi Cik Epal tanpa kebenaran. Betul ke? Ini penjelasan Jofliam.

Jofliam beri penjelasan panjang lebar

image is not available

Cef pizza wagyu ini menafikan dakwaan menghalau isteri dari kediaman mereka. Menurutnya, tindakan mematikan kad akses ke rumah bukan kerana ingin menyingkirkan sesiapa tetapi disebabkan dua keingkaran yang berlaku.

Jelasnya lagi, walaupun dengan keadaan ini, dia tetap memberi nafkah kepada Cik Epal dan juga ayah mentuanya, menunjukkan tanggungjawabnya yang tidak terabai.

Jofliam juga nafi dakwaan menderhaka kepada ibu kandung sendiri. Pempengaruh media sosial ini memilih untuk berdiam diri dan mengambil iktibar daripada kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

Nafi bersekedudukan dengan wanita

image is not available

Mengenai beg berjenama pula, Jofliam mengaku beg tersebut dihadiahkan kepada bekas isterinya sehari sebelum berangkat ke Milan.

Tindakannya memberikan beg tersebut kepada orang lain adalah tindakan ‘rebel’ selepas konflik rumahtangga berpanjangan dan Jofliam mengaku bersalah.

Mengenai dakwaan bersekedudukan pula, Jofliam menafikan sekerasnya tuduhan tersebut. Katanya, memang ada keluar dan masuk ke rumah tetapi bukan berdua tetapi ditemani keluarga yang lain.

image is not available

image is not available

Jelasnya lagi, sebagai pasangan yang bercerai mereka sepatutnya berdamai dengan takdir serta bekerjasama dengan baik demi menjaga anak-anak.

Dia mahu sebarang isu diselesaikan secara tertutup tanpa perlu mencipta isu baru di media sosial.

#OhmediaNasihat

Setiap rumah tangga ada cabarannya, dan kadangkala perpisahan boleh jadi jalan terbaik. Namun, menjaga maruah dan emosi anak-anak patut jadi keutamaan. Kalau boleh elakkan menambah api di media sosial, sebaiknya selesaikan dengan damai dan matang.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Jofliam


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved