
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis mempersoalkan kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) terhadap pemberian projek bernilai RM611.3 juta bagi pakej Lebuhraya Pan Borneo di Sabah kepada sebuah syarikat, yang sebelum itu ditolak oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.
Dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (Siri 2/2025) di Dewan Rakyat baru-baru ini, Isnaraissah menyifatkan penggunaan kaedah perolehan tender pra-kelayakan terpilih (pre-Q terpilih) sebagai bermasalah dan terdedah kepada penyalahgunaan.
“Laporan audit menyatakan kaedah pre-Q ini tidak harus diteruskan kerana, pertama, ia membuka ruang manipulasi dan kurang ketelusan dalam pemilihan syarikat.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Kedua, ia mengurangkan daya saing pasaran kerana bilangan terhad syarikat terpilih. Ketiga, ia gagal mencapai objektif kaedah perolehan pra-kelayakan terpilih,” katanya.

