“Walau Dalam Perkahwinan, Tapi Saya Buat Semua Sendiri” – Shila Amzah

EntertainmentFamily & Parenting
8 Aug 2025 • 9:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bukan mudah menjadi seorang ‘Shila Amzah’ kerana tiada siapa menyangka penyanyi itu menutup pelbagai kesakitan dengan wajah yang ceria.

Dalam episod terbaru ‘Kita-Kita Aje! Podcast’, penyanyi tersebut telah tampil berkongsi pelbagai cerita mengenai kehidupannya termasuk pertama kali anaknya didiagnos dengan ‘mild autism’. Kata Shila, anaknya mengalami ‘speech delay’ mungkin kerana Perintahan Penjarakan Diri pada ketika namun keadaannya semakin membimbangkan lantas dia mendapatkan bantuan terapi.

Walau bagaimanapun, hal itu dilaluinya sendirian,

Walaupun saya dalam perkahwinan, tapi saya buat semua benda sendiri. Semuanya, dari atas ke bawah.

@kitakitaajepodcast Terlalu banyak, terlalu berat. Ujian datang bertimpa-timpa. Sebelum kahwin sunyi, lepas kahwin diuji pula dengan anak sakit dan rumah tangga yang goyah. Too much! Jatuh tapi tetap bangkit semula… Nantikan hanya di Kita Kita Aje Podcast Khamis | 7 Ogos 2025 8:00 malam #KitaKitaAjePodcast #ShilaAmzah #PodcastMalaysia #BoosterMinda #VitaminMinda ♬ original sound – Kita Kita Aje! Podcast

Sebelum kahwin, saya tak dapat pegang apa tapi selepas kahwin, saya kena pegang semua benda. Dalam keadaan tak bersedia, kurang arif tenatng banyak perkara.

Menerusi luahan Shila ini, rata-rata peminat meluahkan rasa kasihan mendengarkan masa lalu yang banyak melukainya. Selain semua berharap agar perkahwinan penyanyi itu bersama Ubai merupakan satu lembaran yang terbaik buatnya.

image is not available 2025-08-07 12:26:54

"Memang Kami Akan Balas.." - Peguam Shila Amzah Bersuara Mengenai LOD Amy Search