“Kenapa Life Saya Macam Ni, Saya Kaji Yang Saya Sebenarnya Hilang Cinta Allah” – Kata-Kata Nora Danish Buat Ramai Tersentuh

EntertainmentLifestyle
13 Jun 2025 • 11:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, perubahan pelakon jelita, Nora Danish sememangnya membuatkan ramai yang kagum susulan sebelum ini dirinya mempunyai imej seksi.

‘Kenapa life saya macam ni?’

Terbaru, melalui platform TikTok, tular sesi temubual selebriti tersebut yang ketika itu dia menceritakan perjalanan berhijrah menjadi wanita Muslim yang lebih baik daripada sebelum ini.

Kata Nora, pada mulanya dia mempersoalkan kenapa hidupnya serba tidak kena dan merasakan kekosongan tetapi selepas membuat kajian sendiri, dia mendapati dirinya ‘kurang’ mencintai Allah SWT.

Saya hilang cinta Allah, sebenarnya saya tak ada benda tu dalam hidup saya. So sebab itu hidup saya tak sempurna, tak perfect.

Lebih mendalami ilmu Islam, netizen luah rasa sebak

Susulan itu, aktres terbabit mengatakan dirinya beransur-ansur mendekat diri dengan Al-Quran serta mempelajari Islam lebih mendalam dan bermula dari situ dia mengetahui dirinya sangat disayangi oleh Allah SWT.

Dia tidak pernah tinggalkan saya walaupun sedikit, Dia bagi je apa yang saya nak. Dia tetap jentik saya dalam keadaan yang baik, bukannya saya kehilangan benda yang besar.

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, netizen rata-rata terharu melihat perubahan drastik Nora Danish yang terkini dan mendoakan agar dirinya kekal istiqamah di jalan Allah.

image is not available

image is not available 1 week ago

"Terbaca Fasal Neraka Al-Hutamah Khas Untuk Mereka Mengumpul Harta, Semua Kasut Tak Terpakai Saya Terjual Dalam Masa Sehari.." - Nora Danish