
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Isu gangguan LRT (Transit Aliran Ringan) terutamanya laluan Kelana Jaya sering menjadi bualan ramai di media sosial. Malah masalah tersebut telah menyebabkan ramai pengguna lambat ke tempat kerja khususnya ketika waktu puncak (peak hours).
Ada juga pengguna berasa stres dengan sistem Rapid KL selain berharap agar Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengambil serius isu ini dan tampil dengan langkah penyelesaian.
Tidak kurang juga ada yang tertanya-tanya kenapa LRT Laluan Kelana Jaya ini kerap berdepan gangguan perkhidmatan berbanding laluan yang lain.
Baca Artikel Berkaitan: LRT Laluan Kelana Jaya Sekali Lagi Alami Gangguan, Ramai Tersangkut Nak Ke Tempat Kerja [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Isu Gangguan LRT Kelana Jaya: Anthony Loke Arah APAD Siasat, Gesa Prasarana Beri Penjelasan [Video]
Kenapa LRT Laluan Kelana Jaya Kerap Problem?
Komponen Perlu Ditukar Lepas 6 Bulan Atau Setahun Jika Ada Tanda ‘Haus’ – CEO Rapid Rail
Hari ini (20 Mei), Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang mempertingkatkan kerja penyelenggaraan bagi Laluan LRT Kelana Jaya. Ini termasuklah menggantikan komponen tren lebih awal daripada jadual sebenar bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan.
Menurut Ketua Pegawai Operasi LRT Rapid Rail, Nor Azmi Mohd Yusof, penyelenggaraan dan penggantian komponen akan dilakukan lebih awal jika keadaannya menunjukkan tanda haus.
“Manual mungkin menetapkan komponen perlu ditukar selepas enam bulan atau setahun, tetapi disebabkan usia tren, kami melakukan pemeriksaan lebih kerap.
“Jika ada tanda haus pada komponen tertentu dalam tempoh tiga bulan, komponen itu akan terus diganti,” katanya dalam satu sesi sidang media.

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Selfish” – Tak Puas Hati Sanggul Kena ‘Sondol’, Wanita Kritik Penumpang LRT Pakai Backpack Besar
Tren Dah Berusia Antara Punca Gangguan Perkhidmatan
Tambah beliau dipetik Berita Harian, gangguan perkhidmatan yang selalu dialami oleh pengguna LRT berlaku disebabkan gabungan faktor komponen tren yang semakin berusia dan lama serta ketidakstabilan sementara berikutan kerja naik taraf sistem yang sedang dijalankan Rapid Rail.
“Apabila sesuatu sistem dinaik taraf, ia memerlukan masa untuk mencapai tahap stabil,” katanya.
Tak Tolak Kemungkinan Usia Tua Jadi Punca Kekerapan Gangguan LRT Laluan Kelana Jaya
Pun begitu, Nor Azmi tidak menolak kenyataan yang faktor usia tren yang hampir mencecah 30 tahun antara penyebab kekerapan gangguan. Namun tegasnya, bukan semua insiden berpunca daripada faktor usia aset semata-mata.
Malah ada insiden gangguan yang disebabkan ketidakstabilan sistem yang kini sedang dinaik taraf.
Ada gangguan yang mungkin dianggap pengguna sebagai kerosakan sistem, tetapi sebenarnya ia berpunca daripada ketidakstabilan sistem yang sedang dinaik taraf. Jadi bagi mencapai tahap kestabilan sistem, ia memerlukan masa dan dalam tempoh itu mungkin berlaku beberapa gangguan kecil yang tetap memberi impak kepada operasi.
Ketua Pegawai Operasi LRT Rapid Rail, Nor Azmi Mohd Yusof.
Tempoh Liabiliti Kecacatan Selama 2 Tahun Untuk Pemantauan & Penambahbaikan – Nor Azmi
Bagi menangani masalah isu teknikal sepanjang tempoh naik taraf, Nor Azmi berkata bahawa pasukan kontraktor akan terus memantau operasi sistem dan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
“Dalam bidang teknikal kita panggil ‘bathtub curve’, iaitu pada peringkat awal akan ada beberapa masalah kecil sebelum sistem benar-benar stabil.
“Sebab itu setiap projek mempunyai tempoh liabiliti kecacatan selama dua tahun untuk pemantauan dan penambahbaikan berterusan,” katanya.


![LRT Laluan Kelana Jaya Sekali Lagi Alami Gangguan, Ramai Tersangkut Nak Ke Tempat Kerja [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/FI-split-white-5-800x467.jpg?t=1779078500)