“Kenapa mahal sangat?” – Lelaki Terkejut Individu Jual Al-Quran Berharga RM599, Bagi Alasan Untuk Infak

Entertainment
29 Feb 2024 • 12:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Infak merupakan pemberian berupa wang atau harta yang dibelanjakan untuk kebaikan dan kebajikan semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.

Di sini, banyak program infak Al-Quran yang ditawarkan dan biasanya kita lihat kutipan dilakukan di masjid atau di mana-mana tempat yang akan dikutip oleh orang yang bertanggungjawab.

Baru-baru ini, seorang lelaki terkejut selepas mengetahui harga senaskhah Al-Quran dan sumbangan oleh seorang individu yang memperkenalkan sebuah program infak.

Menerusi video tersebut, individu berkenaan memberitahu dia datang dari sebuah syarikat dan sedang menjalankan sebuah program dan ada menyediakan sumbangan infak Al-Quran.

Kata individu itu, lelaki berkenaan boleh memilih untuk membeli Al-Quran atau memberi sumbangan kepada pelajar tahfiz.

Namun, apabila ditanya tentang harga senaskhah Al-Quran, lelaki itu terkejut apabila mendapati ia berharga RM599 namun jika menyertai program infak, ia akan menjadi RM249.

“Tak boleh Al-Quran RM599 ni mahal sangat, bukan kita tak nak sedekah, boleh sedekah tapi harga dia harga seekor kambing.

“Saya minta maaf cakaplah, saya bukan tak sokong dengan apa yang abang buat ni, tapi RM599 ni betul mahal sangat,” katanya.

Pada akhir video tersebut, lelaki itu tidak membelinya dan mendoakan urusan individu itu dipermudahkan urusan.

Menerusi video berasingan, dia menjelaskan tidak berapa yakin adakah benar pelajar tahfiz akan menggunakan Al-Quran yang dijual itu kerana menurutnya kebanyakan pelajar tahfiz akan menggunakan Al-Quran tanpa terjemahan.

“Saya kalau nak bersedekah, kalau saya yakin dengan barang saya bagi. Insya-Allah saya tahu dekat mana saya nak sedekahkan, atau macam mana cara saya nak salurkan (sumbangan),” jelasnya.

Tambahnya, dia hanya mempersoalkan harga Al-Quran itu sahaja kerana ada lebih banyak lagi Al-Quran yang dijual dengan harga yang lebih berpatutan.

Apa pandangan korang tentang ni?

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.