Kenapa Nak Kena Bayar Guna Duit Sedangkan Boleh Guna Points? – Ayuh Guna Samsung Wallet

TechnologyDigital
27 May 2025 • 3:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.


Bayangkan dengan hanya RM20, anda boleh mendapatkan telefon pintar baharu. Kedengaran seperti mustahil, bukan? Namun itulah yang menjadikan Samsung Wallet ini sebuah aplikasi yang patut diberi perhatian. Ia bukan sahaja memudahkan kehidupan seharian malah turut membuka ruang kepada ganjaran menarik yang boleh membawa pulangan besar kepada pengguna setianya.

Dalam era digital berjalan dengan begitu cepat, keperluan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap dompet fizikal menjadi semakin kurang. Namun, Samsung Wallet hadir sebagai solusi pintar iaitu sebuah aplikasi yang menggabungkan pelbagai fungsi dalam satu tempat bagi tujuan transaksi lebih mudah, selamat dan sistematik. 

image is not available

Simpanan Digital Yang Selamat, Praktikal 


Samsung Wallet menawarkan kemudahan penyimpanan digital menyeluruh yang membolehkan pengguna menyimpan pelbagai jenis maklumat penting dalam satu aplikasi serba lengkap. Antara yang boleh disimpan termasuk kad kredit dan debit, kad pengenalan, maklumat akaun bank, tiket penerbangan, serta kata laluan  dengan kesemuanya turut disimpan secara selamat dan mudah diakses.

image is not available

Tidak cukup dengan itu, setiap maklumat yang dimuat naik ke dalam Samsung Wallet turut akan disulitkan dengan tahap keselamatan bertaraf tinggi. Aplikasi ini menyokong kunci akses menggunakan PIN serta imbasan cap jari yang terbina dalam peranti Samsung. Ini menjadikan akses kepada maklumat peribadi anda bersifat privasi, dan hanya boleh dibuka oleh pemilik sah peranti berkenaan.

Setiap Transaksi Bawa Pulangan Bernilai

Dengan setiap transaksi yang dilakukan menggunakan Samsung Wallet, anda berpeluang memperoleh sehingga 40 mata ganjaran Samsung Rewards. Ini bukanlah angka yang kecil, terutamanya bagi anda yang telah mencapai tahap keahlian Gold Tier. Pada peringkat ini, 40 mata ganjaran mempunyai nilai setara sekitar RM1.20. Dalam erti kata lain, setiap kali anda membayar dengan Samsung Wallet, anda sebenarnya akan menerima pulangan wang secara tidak langsung seakan-akan menerima ganjaran tunai setiap kali berbelanja.

image is not available

Bagi mereka yang konsisten menggunakan Samsung Wallet dalam urusan harian pula, mata yang dikumpulkan boleh menjadi sebagai ganjaran. Contohnya, dengan hanya melakukan sekitar 1 hingga 2 transaksi setiap hari, atau secara purata sebanyak 50 transaksi sebulan, anda sudah pastinya boleh mengumpul sehingga 2,000 mata Samsung Rewards yang bersamaan dengan RM60.

Penjimatan Berganda Lagi Berbaloi 

Dengan Samsung Wallet, anda boleh tebus sehingga 99% daripada harga barang menggunakan mata ganjaran. Misalnya seperti Samsung Galaxy A56 5G (bernilai RM1,999) boleh dibeli dengan hanya RM20.01 secara tunai,  dan selebihnya pula boleh dibayar dengan 65,966 mata. Ringkasnya disini, barang berharga RM100 boleh dibayar dengan RM1 sahaja, dan bakinya ditanggung pula oleh mata ganjaran terkumpul. Jimat bukan? Mudah dan berbaloi.

PRODUKHARGAMATA(99%)BAYAR(1%)
Samsung Galaxy A56 5GRM1,999 (harga promosi)65,966 (RM1,978.99)RM20.01

Lebih menariknya lagi, setiap anda melakukan transaksi menggunakan Samsung Wallet, sama ada untuk beli makanan, isi minyak atau beli barangan keperluan. Anda sebenarnya sedang mengumpul mata ganjaran Samsung Rewards secara automatik tanpa perlu usaha tambahan. Apa yang menjadikannya lebih menarik, mata ganjaran ini boleh ditebus untuk pelbagai barangan eksklusif dan tawaran menarik seperti:

NoProdukHarga99% (Mata)1% (RM)Anggaran Tempoh (bulan)
1Galaxy A56 5GRM1,99965,96620.0133
2Galaxy Tab A9 (LTE, 8.7″)RM59919,7675.9910
3Galaxy Buds3RM49916,4674.998
4Galaxy Buds FERM39913,1673.997
5Galaxy Fit3RM2999,5672.995
645W Power AdapterRM2197,2272.194
710,000mAh Battery PackRM1595,2471.593
8Galaxy SmartTag2RM1494,9171.492
925W Power Adapter (w/o cable)RM892,9370.891
10Galaxy A56 Clear Case RM692,2770.691

image is not available

Untuk mengumpul mata Samsung Rewards dengan lebih cepat, anda hanya perlu kekal konsisten membuat transaksi melalui Samsung Wallet yang menggunakan sistem tiga tahap (tier), yang memberi ganjaran berbeza mengikut jumlah transaksi bulanan. 

TierBilangan Transaksi Layak (sebulan)Mata Diterima Setiap Transaksi
Bronze1 – 510 Mata
Silver6 – 2020 Mata
Gold21 – 5040 Mata

Cara Guna Samsung Rewards Points?

Nak tebus mata ganjaran Samsung Rewards untuk beli barangan kegemaran anda di laman web rasmi Samsung Malaysia? Ikuti langkah mudah berikut:

  1. Layari laman web rasmi: samsung.com/my
  2. Pilih produk yang anda ingin beli.
  3. Klik “Bayar Sekarang” atau “Tambah ke troli”.
  4. Setelah selesai memilih, buka troli (cart) dan tekan “Checkout”.
  5. Log masuk menggunakan akaun Samsung anda.
  6. Pada bahagian pembayaran, pilih Samsung Rewards.
  7. Tentukan jumlah mata ganjaran yang ingin digunakan (boleh guna sehingga 99% daripada harga produk).
  8. Masukkan alamat penghantaran dan maklumat pembayaran.
  9. Akhir sekali, klik butang “Place Order”.

image is not available

Kesimpulan

Bagaimana? Mudah bukan? Kini anda sudah tahu cara penggunaan Samsung Rewards melalui Samsung Wallet, dan pastinya rugi jika tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Hanya dengan membuat pembayaran harian seperti membeli makanan, minuman atau barangan keperluan menggunakan Samsung Wallet. Anda secara automatik mengumpul mata ganjaran yang turut boleh ditebus untuk pelbagai produk menarik termasuklah telefon pintar.

Anda juga berpeluang untuk membeli peranti seperti Samsung Galaxy A56 5G dengan serendah RM20! Dan, selebihnya boleh dibayar menggunakan mata ganjaran Samsung Rewards Points. Kalau ikut logik Girl Mata bila gunakan mata ganjaran bermaksud kita tidak gunakan duit sebenar. Jadi, inilah masa terbaik untuk gunakan Samsung Wallet sebagai platform transaksi utama anda selamat, mudah, dan penuh ganjaran.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia