Kenapa nak politikkan? Apa salahnya diberi kerakyatan atas agenda nasional – Puad

PoliticsFootball
10 Oct 2025 • 10:59 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi menyifatkan pemberian kerakyatan kepada pemain warisan adalah wajar serta langkah strategik agar Malaysia layak masuk ke pusingan akhir bola sepak piala dunia.

Dalam satu kenyataan di Facebook hari ini, usaha tersebut sepatutnya disokong memandangkan tujuannya untuk meningkatkan kualiti sukan negara dan memberi motivasi kepada bakat tempatan agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Diberi kerakyatan atas agenda nasional

image is not available

“Kenapa dipolitikkan kewarnegaraan pemain warisan? Apa salahnya diberi kerakyatan atas agenda “nasional”.

“Apa salahnya kita contohi Singapura. Negara itu menubuhkan FST (foreign sports talent). Ahli sukan taraf dunia diberi kerakyatan secara ‘fast track’.

“Ada yang menang pingat di sukan olimpik. Itu memberi semangat pada rakyat Singapura agar lebih berdaya saing,” ujarnya.

Diberi kerakyatan atas agenda nasional

image is not available

Katanya berdasarkan pengalaman FST, selepas mendapat kerakyatan mereka akan dimasukkan ke program khas untuk diintegrasikan dengan budaya rakyat tempatan.

“Jumlahnya bukan ramai. Untuk jenis sukan yang terpilih sahaja,” tambahnya lagi.

image is not available

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan permohonan tujuh pemain warisan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mendapatkan kewarganegaraan melalui jalur naturalisasi.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan itu dibuat mengikut Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan individu berwarganegara asing memohon menjadi rakyat Malaysia.

Sumber: Facebook @DrPuad Zarkashi