“Kenapa nak rendahkan artis?” – Man Bai Anggap Rancangan Gegar Vaganza Memalukan Penyanyi?

Entertainment
20 Dec 2024 • 4:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gegar Vaganza (GV) merupakan rancangan realiti nyanyian yang menampilkan penyanyi-penyanyi otai berentap bagi memenangi rancangan tersebut.

Rancangan itu sudah masuk musim ke-11 tahun ini, namun pelantun lagu Kau Ilhamku iaitu Man Bai mempunyai tanggapan yang berbeza mengenai rancangan tersebut di mana dia merasakan GV ini rancangan yang memalukan artis.

image is not available

“Saya tak mahu beri sokongan terhadap program yang memiliki format pertandingan memalukan artis bertanding. Jadi, saya tak ambil tawaran untuk segmen lagu duet itu ketika dihubungi baru-baru ini.

Pada saya, kenapa mahu merendahkan artis? Kita tengok contohnya penyanyi Inka Christie yang dah menang pelbagai anugerah termasuk di Asia Pasifik, boleh tersingkir.

Tidak logik dia tersingkir sebagai penyanyi berpengalaman, vokal pun bagus dan dikenali ramai terutama di Indonesia yang ada lebih 230 juta penonton, pasti tiada siapa yang tak kenal Inka Christie?

Jadi, maksud saya jangan main permainan begini, saya tidak suka. Kalau kita mahu cari bakat, biar cara yang betul. Penilaian pada vokal itu yang utama,” katanya.

Dalam pada itu, Man Bai juga mempertikaikan kredibiliti ketua juri, Datuk Ramli MS apabila tidak menobatkan Liza Aziz sebagai peserta terbaik pada konsert minggu keempat, Ahad lalu.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.